Pemilik external hardisk mesti familiar dengan 1 bentuk port unik yang terdapat pada external hardisk anda tu kan?
Begitu juga dengan sambungan unik pada kabel yang datang sekali dalam kotak bersama-sama external hardisk tersebut.
Jadi kalau kabel external hardisk tu hilang atau rosak, anda sebenarnya tak perlu beli kabel baru pun tau.
Sebaliknya anda boleh sahaja guna kabel USB A to USB Micro yang biasa anda guna pada smartphone Android atau powerbank.
Anda cucuk sahaja bahagian hujung kabel USB Micro tadi pada port yang lebih besar, contoh dalam gambar di bawah anda cucuk pada port di sebelah kiri.
Seterusnya hujung kabel lagi satu iaitu USB A yang biasa tu anda boleh cucuk pada laptop, Pc atau mana-mana peralatan yang anda nak.
Nanti di skrin laptop atau Pc anda tu akan auto detect external hardisk tadi seperti biasa.
Anda nak buat pindahan fail dari external hardisk ke laptop atau sebaliknya pun tiada masalah.
Ianya masih berfungsi seperti kebiasaan anda guna kabel asal external hardisk tersebut.
Cuma mesti anda tertanya-tanya jika kedua-dua kabel tadi sama sahaja fungsinya, apa pula yang membezakannya?
Bezanya sedikit sahaja dari segi kelajuan fail tersebut dipindahkan.
Jika anda guna kabel USB A to USB Micro, kelajuannya akan sedikit berkurang tapi ianya tidaklah memberikan perbezaan yang ketara sangat.
Jadi yang mana kabel external hardisk dah lama rosak dan belum ada kesempatan nak beli kabel baru tu, anda boleh sahaja guna kaedah ini.
Jimat pun jimat kan? Jangan lupa kongsikan cara ini pada kenalan anda pula!
Add comment