Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk lajukan internet pada laptop atau Pc anda.
Tapi kali ini kami akan tunjukkan cara yang paling simple, mudah dan cepat.
Tak sampai 1 minit pun, jom follow cara di bawah!

1. Buka Command Prompt

InternetSlow

Mula-mula sekali anda boleh ke menu Start dan buat carian dengan menaip Command Prompt.
Kemudian jangan lupa tekan Enter.

2. Taip ipconfig /flushdns

Apabila Command Prompt tadi dah terbuka, anda taip sahaja command ini iaitu ipconfig /flushdns.
Kemudian anda tekan Enter sekali lagi.

InternetSlow

Dan dah siap! Mudah dan cepat bukan?
Jadi apa yang sebenarnya berlaku jika anda buat cara ini?
Ia akan mengosongkan sebarang IP address atau rekod DNS yang lain daripada cache anda.
Seterusnya ia akan membantu menyelesaikan masalah berkaitan keselamatan, sambungan internet dan beberapa isu lain yang berkait. 

Jadi untuk anda yang dah lama guna laptop atau Pc dan makin lama anda rasa sambungan internet makin perlahan, anda boleh cuba buat cara seperti di atas tadi.
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan cara ini dengan kenalan anda.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.