Untuk kerja-kerja menaip mahupun untuk tujuan gaming semestinya anda akan pilih jenis keyboard yang sesuai dan selesa.
Biasanya antara 2 jenis keyboard iaitu Mechanical dan Membrane, anda pilih yang mana satu?
Apa beza antara 2 jenis keyboard ni? Jom kami kongsikan!

Jenis Kegunaan

Keyboard Mechanical sinonim untuk penggunaan seperti gaming, di tambah pula ianya dilengkapi dengan lampu RGB yang menarik.
Tapi ramai juga pengguna di luar sana yang memilih keyboard Mechanical ini untuk kegunaan menaip.
Mungkin juga bunyi yang dikeluarkan oleh keyboard ini menarik untuk halwa telinga mereka.

Keyboard3

Keyboard Membrane pula biasanya sering digunakan untuk kerja-kerja menaip.
Sebab itu keyboard jenis ini sering digunakan di pejabat, makmal komputer, perpustakaan, cyber cafe dan sebagainya.

Harga Yang Jauh Berbeza

Keyboard Mechanical memang tak dinafikan harganya sangat mahal.
Untuk model dari jenama biasa pun harganya hampir RM100.
Seperti keyboard biasa yang Membrane, keyboard Mechanical ada juga yang datang dengan sambungan tanpa wayar (wireless).
Dan semestinya jenis wireless ni harganya lebih mahal.
Bertambah mahal jika anda berminat dengan model Hot Swap yang mana switch boleh dicabut dan diganti dengan switch pilihan anda sendiri.
Tapi apa-apa pun ianya bergantung pada minat dan bajet anda, walaupun mahal tapi jika ianya menepati selera anda, itu bukan satu masalah!

Keyboard Membrane pula memang terkenal dengan harganya yang sangat mampu milik.
Serendah RM10 pun anda boleh dapatkan di pasaran untuk jenama yang biasa.
Tapi kami sangat galakkan anda untuk dapatkan model dari jenama yang terbukti ketahanannya seperti Logitech, Hp dan lain-lain.
Kalau anda ada bajet lebih lagi, boleh juga dapatkan keyboard Membrane yang lebih mahal untuk dapatkan pengalaman menaip yang hampir sama seperti keyboard Mechanical.

Saiz Keyboard

Keyboard1

Keyboard Mechanical sering dikatakan ianya lebih padat, tebal, berat dan susah nak dibawa.
Tapi buat masa sekarang sudah terdapat banyak pilihan saiz layout untuk keyboard Mechanical di pasaran.
Ada yang full size keyboard, ada yang 75%, 65%, 60% dan lain-lain.
Kalau anda tak berminat keyboard yang saiz besar, anda boleh pilih keyboard Mechanical layout 60% contohnya.
Selain saiznya yang lebih kecil, beratnya juga turut berkurang jadi mudah untuk anda bawa bersama ke mana-mana.

Untuk anda pengguna keyboard Membrane pula mesti anda dah rasai pengalaman ini yang mana keyboard jenis ini ianya sangat ringan dan mudah dibawa.
Ini kerana kebanyakan keyboard jenis ini diperbuat daripada plastik, tapi ianya tetap berkualiti tinggi dan tahan lasak.

Key & Switch

Keyboard4

Salah satu sebab juga kenapa pengguna di luar sana memilih keyboard Mechanical adalah kerana pilihan switch yang banyak.
Ada Black Switch, Blue Switch, Brown Switch, Red Switch dan sebagainya.
Setiap switch ini berbeza dari segi kekuatan bunyi, feel semasa anda menekannya dan beberapa perbezaan yang lain.
Di tambah pula kalau anda dapatkan model Hot Swap, yang mana ianya beri kebebasan untuk anda menjadi lebih kreatif dalam menentukan switch pilihan anda.
Selain itu keyboard Mechanical sinonim dengan fungsi Key Rollover.
Key Rollover adalah situasi apabila anda tekan beberapa key secara serentak semasa menaip mahupun gaming, kesemua key yang ditekan tu dapat dikesan oleh keyboard tersebut.
Fungsi ini juga dapat mengelakkan terjadinya ghost typing yang mana ianya sangat jarang berlaku untuk keyboard Mechanical kecuali anda beli model dari jenama biasa yang harganya jauh lebih murah.

Namun sebaliknya berlaku, kegagalan Key Rollover ini sering terjadi bagi pengguna keyboard Membrane.
Cara untuk kurangkan masalah ini adalah anda kena tekan setiap key sampai habis setiap kali menggunakannya.
Tapi jika anda sudah biasa dengan keyboard Membrane anda tu dan sering menggunakannya, rasanya ia bukan lagi masalah untuk anda.

Ketahanan Keyboard

Bagi anda yang memang plan nak guna keyboard untuk jangka masa panjang, memang keyboard jenis Mechanical ni sangat sesuai untuk anda.
Walaupun harganya sedikit mahal tapi dari segi ketahanan memang sangat berbaloi.
Meskipun selepas setahun atau 2 Tahun penggunaan, anda masih boleh rasa pengalaman yang sama seperti hari pertama anda beli keyboard tersebut.

Keyboard jenis Membrane pula dikatakan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding keyboard Mechanical.
Salah satu faktornya disebabkan kualiti binaan yang sedikit rendah.
Tapi sebenarnya ia sepadan dengan harga yang ditawarkan yang mana sangat mampu milik tadi.

Penjagaan Keyboard

Keyboard5

Disebabkan keyboard Mechanical datang dengan switch yang mana mudah untuk dicabut, jadi kalau anda nak cuci keyboard atau nak bersihkan debu memang langsung tiada masalah.

Keyboard2

Berbeza dengan keyboard jenis Membrane yang rata-rata key tidak boleh dicabut.
Tapi sekarang pun sudah ada di pasaran keyboard Membrane yang boleh dicabut key walaupun bukan kesemua key.
Untuk model lama yang tak boleh cabut key, agak susah untuk anda bersihkan keyboard sekiranya banyak habuk terutamanya di bahagian dalam keyboard.
Tapi jika anda seoarang yang cermat, sering menggunakan keyboard dengan teliti dan sentiasa melakukan pembersihan berkala, ini juga bukan satu masalah yang besar.

Sekarang anda sudah tahu perbezaan antara 2 jenis keyboard ni jadi boleh la anda buat pilihan yang tepat mengikut kegunaan, bajet serta model pilihan anda.
Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kenalan anda.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *