Sebelum anda nak pilih model projektor yang ada di pasaran, pertama sekali anda kena tahu anda nak beli projektor tu untuk kegunaan macam mana dan nak letak di mana.
Kerana ia akan menentukan projektor dengan ciri yang macam mana anda patut pilih.
Jika belum tahu jom kami kongsikan! 

Kenalpasti Nilai Lumen

Apa fungsi nilai lumen ini pada sesebuah projektor?
Lumen ini menentukan kecerahan yang boleh dipancarkan oleh projektor tersebut.
Semakin tinggi nilai lumen pada projektor, semakin cerah dan jelas imej yang dapat dipaparkan.
Terutamanya untuk anda yang ingin menggunakan projektor dalam bilik yang sedia cerah, anda digalakkan untuk ambil model dengan nilai lumen 3,000 ke atas.
Biasanya nilai lumen yang tinggi digunakan pada projektor LCD berbanding pada projektor LED.
Sebab itu harga projektor LCD lebih mahal tapi ianya sangat sesuai untuk kegunaan di dalam kelas, dewan dan mana-mana ruang yang cerah.
Projektor1
Manakala projektor LED pula yang mempunyai lumen yang lebih rendah dan harganya juga lebih murah sesuai digunakan dalam ruang yang gelap, seperti kegunaan di rumah untuk anda layan movie dan sebagainya. 

Kalau anda pernah jumpa projektor saiz kecil yang jenis portable tu, biasanya ia menggunakan LED dan harga memang murah, bawah RM100 pun ada.

Pilih Resolusi Yang Sesuai

Projektor2

Jika anda perasan, terdapat beberapa jenis resolusi yang biasa digunakan pada projektor.
Antaranya resolusi SVGA (800 x 600), XGA (1024 x 768), WXGA (1280 x 800), HD (1920 x 1080),  WUXGA (1920 x 1200).
Semakin tinggi resolusi pada sesebuah projektor, semakin cantik imej yang akan dipaparkan.

Port Yang Ada Pada Projektor

Projektor3

Semestinya sebelum sebarang imej dapat dipaparkan, anda kena sambung dulu projektor tersebut pada laptop, Pc atau sebagainya.
Jadi jika projektor tersebut mempunyai port yang sama dengan laptop anda contohnya, ia akan jadi lebih mudah untuk anda gunakan.
Antara jenis port yang biasanya ada pada sesetengah model projektor adalah seperti port HDMI, VGA, MicroSD, USB (untuk cucuk wireless dongle), USB Type-C, Audio-in, Audio-out, RCA, DC Out dan lain-lain.
Jadi pastikan anda tahu port mana yang anda perlukan dan akan digunakan sebelum pilih model projektor yang ada di pasaran. 

Projektor4

Untuk model projektor tertentu contohnya seperti model Epson yang terpilih, ia dilengkapi port USB untuk anda cucuk wireless dongle dan seterusnya anda dapat guna projektor tersebut secara wireless.
Atau jika anda ada bajet lebih boleh terus dapatkan model projektor yang ada sambungan wireless siap-siap.

Built In Speaker 

Ciri ini tak ramai yang ambil perhatian tapi ianya juga sangat penting.
JIka anda tak nak guna speaker tambahan terutamanya apabila anda pancarkan video melalui projektor nanti, anda kena pastikan projektor yang anda nak beli tu datang sekali speaker.
Biasanya built in speaker pada projektor datang dengan 2 hingga 8 watts, ada juga yang lebih tinggi dari itu.

Tempoh Waranti Projektor

Waranti projektor biasanya untuk 1 atau 2 Tahun, bergantung model dan jenama.
Selain itu ada juga waranti untuk lampu, biasanya separuh dari waranti asal atau jika hayat lampu sudah capai jumlah jam yang ditetapkan.
Yang mana-mana sampai limit dahulu akan dikira waranti.
Jangka hayat lampu biasanya untuk LCD dalam 1,000 - 2,000 jam manakala untuk LED ianya lebih panjang iaitu boleh capai sehingga 20,000 jam.
Jadi sekiranya jangka hayat lampu LCD projektor anda sudah capai 1,000 jam penggunaan, waranti lampu sudah habis meskipun masih belum cukup 1 Tahun anda gunakan.
Tapi waranti projektor masih berjalan seperti yang ditetapkan.
Jadi adalah lebih bagus sekiranya anda pilih model yang menjanjikan tempoh waranti yang lebih lama atau jumlah jangka hayat lampu yang lebih banyak. 

Semoga dengan perkongsian kali ini dapat berikan sedikit sebanyak gambaran pada anda yang ingin dapatkan projektor pertama anda. 
Jangan tersilap pilih model tau, sebab projektor ni harganya boleh tahan juga.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.