Untuk anda yang suka beli printer secara atas talian, anda kena setup sendiri printer tersebut.
Kalau anda beli secara walk in di kedai anda boleh minta staff mereka untuk setup siap-siap printer tu.
Jadi untuk perkongsian kali ini kami akan fokuskan pada printer model Epson siri L3200, L3210 dan L3250.
Jika anda pemilik salah satu model printer ini, jom kami tunjukkan cara untuk setup printer anda tu.
1. Masukkan Ink Ke Dalam Printer Anda
Jika anda beli printer secara atas talian dan kedai tersebut sudah siap-siap masukkan ink untuk setup, kemungkinan untuk printer itu terbalik dan ink tertumpah semasa penghantaran oleh pihak kurier adalah sangat tinggi.
Jadi sebab itu anda kena setup sendiri printer yang anda beli tu untuk mengelakkan kejadian seperti ini terjadi.
Berbalik kepada proses setup tadi, langkah pertama anda kena masukkan kesemua warna ink (Black, Yellow, Magenta, Cyan) sehingga ke paras paling tinggi seperti dalam gambar di bawah.
Note : Jangan picit botol ink terlalu kuat.
Hanya pegang atau tekan secara lembut sahaja.
2. Tutup Cover Tank Dengan Betul
Setelah selesai anda masukkan kesemua ink ke dalam tank mengikut warna yang betul, pastikan anda tutup kesemua cover tank dengan kemas dan betul seperti gambar di bawah.
3. Plug In Dan On Printer
Bila anda dah tutup cover tank tadi dengan kemas, sekarang anda boleh pasang kabel printer dan plug in.
Selepas itu boleh tekan butang On yang terdapat pada printer anda.
Nanti lampu berwarna kuning akan menyala seperti dalam gambar di bawah.
4. Tekan Butang Stop Selama 5 Saat
Langkah seterusnya anda kena tekan butang Stop (dalam bulatan merah di atas) sehingga printer anda berbunyi.
Biasanya anda kena tekan selama 5 saat dan apabila printer anda sudah berbunyi anda boleh lepaskan butang tersebut.
Waktu ini butang On/Off dan lampu kuning tadi akan berkelip-kelip secara bergilir-gilir.
5. Tunggu Sehingga Butang On/Off Berhenti Berkelip
Sementara anda nak tunggu butang On/Off dan lampu tadi berhenti berkelip, anda dilarang untuk melakukan salah satu perkara di bawah.
Jangan sekali-kali anda cabut plug printer, tekan butang Off atau buka bahagian hadapan printer seperti dalam gambar di bawah.
Ini untuk mengelakkan proses setup printer anda tu terganggu dan tergendala.
Biarkan sahaja printer anda dalam keadaan berbunyi, biasanya ia ambil selama 11-15 minit.
Setelah printer sudah senyap, butang On/Off dan lampu tadi pun sudah berhenti berkelip dengan sendirinya ini bermakna proses setup pada printer anda tu sudah selesai dan berjaya.
Anda boleh membuat printing test jika ada mahu sebelum anda menggunakan printer tersebut untuk kerja-kerja printing anda yang seterusnya.
Macam mana?
Mudah je kan?
Jadi lepas ni anda tak perlu lagi ragu-ragu nak beli printer secara atas talian, dah boleh setup sendiri dah tanpa bantuan sesiapa.
Jadi jika artikel ini bermanfaat jangan lupa kongsikan!
Add comment