Kos printing menggunakan Printer Ink Tank tak dinafikan memang sangat jimat.
Namun jika printer anda tu rosak, makan kos juga untuk anda baikinya.
Jadi sebelum printer anda tu menunjukkan tanda-tanda nak rosak, seeloknya anda praktiskan beberapa cara di bawah bagi memastikan printer tesebut sentiasa dalam keadaan yang baik dan berfungsi seperti kebiasaannya.

1. Pastikan Anda Sentiasa Guna Printer Tersebut

Printer jenis Ink Tank memang berbeza dengan printer yang biasa.
Untuk mengelakkan masalah ink tersumbat, anda memang kena sentiasa guna printer anda tu.
Paling kurang pun sekali dalam seminggu anda kena print menggunakan printer tersebut.
Jika dapat digunakan setiap hari adalah lebih baik.

InkTank1

Sebab itu kebanyakan printer jenis ini digunakan di pejabat, premis, sekolah dan lain-lain yang memerlukan sejumlah print yang banyak.  
Walaupun begitu, untuk kegunaan biasa di rumah pun boleh juga kalau anda tetap nak dapatkan Printer jenis Ink Tank ni tapi pastikan anda sentiasa menggunakannya.

2. Lakukan Proses Cleaning

Bagi melancarkan pergerakkan ink anda boleh melakukan proses cleaning ini sendiri.
Terutamanya bila anda terlupa untuk menggunakan Printer Ink Tank tersebut dalam jangka masa yang lama yang mana ia mengakibatkan ink tersumbat dan kualiti print juga berkurang.
Jadi langkah pertama yang anda boleh lakukan sendiri adalah cleaning.
Cara untuk cleaning anda boleh rujuk pada manual yang datang sekali dalam kotak atau boleh juga ke Website jenama printer yang anda guna tu. 

InkTank2

Tapi sekiranya selepas cleaning pun kualiti print tu masih kurang, seeloknya anda bawa ke kedai atau service centre berhampiran untuk technician periksa.

3. Jangan Paksa Printer Anda Bekerja Terlalu Lama

Walaupun Printer jenis Ink Tank ni mampu untuk print banyak helai dalam satu masa, seeloknya anda bagi juga masa sedikit untuk printer ini berehat.
Ini untuk mengelakkan printer jadi panas, kekurangan ink yang mendadak atau boleh juga terjadi kertas terlekat di bahagian dalam printer.
Jadi meskipun anda perlu print dengan jumlah yang banyak dalam satu masa, pastikan ada gap beberapa minit untuk printer berehat sekejap sebelum meneruskan proses printing tersebut.

4. Refill Ink Yang Betul

Meskipun proses untuk refill ink pada Printer Ink Tank ni sangat mudah, tapi anda kena juga berhati-hati.
Pastikan anda refill ink dengan warna yang betul.
Jika tersilap warna agak leceh untuk bersihkan semula.

InkTank3

Selain itu pastikan anda guna kod ink yang memang dikhaskan untuk model printer anda tu.
Selain untuk mendapatkan kualiti print yang cantik dan premium, ia juga bagi memastikan printer anda tu tahan lama.

5. Sentiasa Update Software Dan Driver Terkini

Walaupun cara kelima ini nampak remeh tapi seeloknya anda sentiasa update software dan driver yang digunakan untuk printer anda tu.
Selain dilengkapi dengan ciri-ciri terbaru yang anda boleh gunakan dalam kerja -kerja printing anda, ia juga untuk memastikan printer anda tu sentiasa dalam keadaan yang terbaik.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu masuk ke Website rasmi jenama printer anda guna tu dan cari sahaja driver untuk model printer tersebut.

5 cara ini sebenarnya tak susah pun untuk anda buat.
Jika anda sudah terbiasa praktis cara-cara ini memang tak menjadi satu masalah pun.
Jadi mulai sekarang pastikan anda guna dan jaga printer anda tu dengan cara yang betul sebelum ianya rosak dan memakan banyak kos untuk membaikinya. 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.