Tengah syok-syok melayari internet di Google Chrome tiba-tiba tertekan pula lambang X tu habis semua tab tertutup.
Biasanya cara mana yang anda guna untuk buka semula kesemua tab tu?
Kali ini kami akan tunjukkan 3 cara untuk anda buka semula tab tu.
Mungkin caranya sama dengan yang anda selalu buat dan mungkin juga ada cara baru yang anda belum tahu, jadi jom!

Cara 1 : Carian Di History Atau Tekan Alt + F / Alt + E

Hmm cara carian di History tu dah familiar, dah biasa buatkan?
Tapi apa pula fungsi kombinasi 2 key tu?

Chrome1

Biasanya untuk cari History kita kena tekan titik tiga bertindih yang berada di bahagian atas sebelah kanan Chrome.
Sebagai alternatif yang lebih cepat dan simple anda hanya perlu tekan salah satu kombinasi key di atas secara serentak.
Nanti akan keluar drop-down menu seperti yang biasanya keluar apabila anda ingin mencari option History.
Jadi di ruangan History tu anda boleh tekan mana-mana tab yang anda ingin buka semula.

Cara 2 : Carian Detail Bawah History Atau Tekan CTRL + H (Command + H Untuk Mac)

Katakan jika anda dah buat Cara 1 tadi tapi anda cari punya cari tetap tak jumpa juga tab yang anda nak buka semula tu.

Chrome2

Jadi apa yang perlu anda buat adalah selepas anda jumpa History pertama, anda kena tekan lagi sekali History yang kedua.
Atau cara yang lagi cepat anda tekan sahaja kombinasi key CTRL + H.
Nanti akan keluar senarai tab-tab yang anda pernah buka jadi anda hanya perlu tekan sahaja tab mana yang nak ingin buka semula.

Chrome4

Cara 3 : Tekan CTRL + Shift + T (Command + Shift + T Untuk Mac)

Cara ketiga ni yang paling senang, paling cepat tapi tak ramai yang tahu.
Anda tak perlu klik sana, klik sini.
Yang anda hanya perlu lakukan adalah tekan sahaja 3 key di atas secara serentak.
Tak sampai beberapa saat tab anda yang tertutup tadi akan terbuka semula dengan sendirinya.

Jadi agak-agak anda nak guna cara mana ye bila tertutup lagi tab-tab yang anda sedang buka tu?
Nak cepat, nak jimat masa, nak mudah semestinya kena guna Cara 3 tu.
Jadi jangan lupa kongsikan trick ini pada kenalan anda.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.