Penat la kan asyik nak kena leave group je.
Bukan 1 atau 2 group, kadang tu berbelas, berpuluh group entah siapa-siapa entah yang masukkan kita dalam tu.
Jika anda salah seorang yang turut mengalami masalah ini, jom buat cara di bawah.
Caranya mudah dan cepat, tak sampai 5 minit pun!
Langkah 1 : Anda buka dulu aplikasi Telegram anda seperti biasa. Lepas tu tekan profile untuk cari dan pilih Settings.
Langkah 2 : Nanti akan keluar paparan seperti di bawah. Di bahagian ini pula anda perlu cari dan pilih Privacy and Security.
Langkah 3 : Seterusnya bila paparan baru keluar anda kena scroll sikit ke bawah dan tekan Groups & Channels yang terdapat di bawah kategori Privacy.
Langkah 4 : Di bahagian inilah anda boleh tentukan siapa yang boleh add anda masuk dalam mana-mana group Telegram. Jadi untuk elakkan orang yang tidak dikenali add anda dalam mana-mana group, anda kena tick pilihan My Contacts tu.
Dah siap!
Mudahkan?
Tapi pilihan Everybody tu macam mana pula?
Sekiranya anda pilih Everybody, sesiapa sahaja yang tahu nombor telefon atau ID Telegram anda boleh add anda masuk dalam mana-mana group.
Pilihan ini jelas-jelas sangat tidak privasi dan memudahkan anda menjadi mangsa scammer di luar sana.
Jadi cepat-cepat pergi tukar settings privasi Telegram anda sekarang juga!
Selamat mencuba & semoga membantu.
Add comment