Dalam keterujaan anda memiliki monitor baru tu anda jangan terlepas pandang pula nak buat satu step yang penting ni.
Tak lain dan tak bukan semestinya anda kena calibrate dulu monitor baru anda tu.
Macam mana nak buat?
Caranya mudah sahaja, jom kami tunjukkan!

Langkah 1 : Mula-mula sekali anda kena cari dulu Calibrate display color di ruangan Search kemudian tekan Open.

Calibrate1

Langkah 2 : Bila anda dah masuk dalam ruang calibrate tu, anda kena tekan Next yang terletak di bahagian bawah sebelah kanan sehingga anda jumpa option Adjust gamma. Di sini anda boleh adjust slider mengikut citarasa anda kemudian tekan Next.

Calibrate2

Langkah 3 : Untuk adjust Brightness dan Contrast, anda kena buka on-screen display. Atau jika tiada anda boleh skip sahaja bahagian ini dan tekan Next.

Calibrate3

Langkah 4 : Seterusnya anda akan dibawa ke ruangan Adjust color balance. Di sini pun anda boleh gerakkan slider setiap warna mengikut keselesaan anda.

Calibrate4

Langkah 5 : Selepas dah siap Adjust color balance dan tekan Next, proses calibrate monitor anda sudah pun siap. Anda akan jumpa paparan terakhir seperti di bawah.

Calibrate5

Sepatutnya selepas anda dah buat proses calibrate ni, anda akan dapat paparan yang cantik pada monitor baru anda tu.
Jadi jika anda masih belum berpuas hati dengan hasilnya, anda boleh calibrate semula sehingga betul-betul kena dengan mata anda.
Jadi selamat mencuba dan semoga perkongsian ini dapat membantu anda!

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *