Untuk anda yang menggunakan 2 monitor sama ada untuk buat kerja atau gaming, pastinya anda inginkan sedikit kelainan dari segi wallpaper untuk kedua-dua monitor tu.
Mungkin ada di antara anda yang belum tahu macam mana cara untuk set wallpaper berbeza bagi kedua-dua monitor berkenaan.
Jadi kali ini kami akan kongsikan caranya, mudah sahaja jom!

Langkah 1 : Pada desktop monitor anda klik kanan, cari dan pilih Personalize.

DualMonitor1

Langkah 2 : Kemudian di bahagian Personalize ni anda pilih pula Background.

DualMonitor2

Langkah 3 : Seterusnya anda boleh masukkan gambar yang anda nak jadikan wallpaper tu dengan cara pilih option Picture yang ada dalam drop-down menu yang terletak di sebelah kanan Personalize your background.

DualMonitor3

Langkah 4 : Nanti gambar yang anda masukkan tadi akan dipaparkan. Jadi anda hanya perlu klik kanan atas gambar tersebut dan boleh pilih pada monitor mana anda nak paparkan wallpaper tersebut. Dah siap!

DualMonitor4

Senang je kan?
Hanya dengan 4 langkah sahaja.
Cara ini boleh juga digunakan untuk anda yang sambung monitor pada laptop.
Lepas ni dah boleh tukar wallpaper baru pada monitor anda tu.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *