Jika data internet smartphone anda cepat habis dan anda seorang  yang aktif dalam menggunakan aplikasi Facebook/Meta, perkongsian kali ini memang khas untuk anda.
Sepantas 5 saat sahaja anda boleh jimatkan data internet anda, dah tak perlu risau data cepat habis atau kena beli data baru.
Jom kami kongsikan caranya! 

Langkah 1 : Pertama sekali anda buka dulu aplikasi Facebook/Meta yang ada dalam smartphone anda tu. Kemudian anda pergi ke bahagian Profile.

Data1

Langkah 2 : Anda tekan icon gear yang berada di sebelah icon search seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas yang bernombor 2.

Langkah 3 : Selepas anda tekan icon tersebut, anda akan dibawa ke bahagian Settings. Di bahagian Settings anda kena cari dan tekan Profile Settings.

Data2

Langkah 4 : Selepas itu anda akan dibawa ke halaman baru di mana terdapat pelbagai kategori yang anda boleh ubah setting. Untuk masalah berkaitan data ni anda kena scroll dan cari Videos and photos yang terletak di bawah kategori Media and contacts.

Data3

Langkah 5 : Untuk kualiti video anda kena pilih Data saver seperti dalam gambar di bawah.

Data4

Langkah 6 : Manakala untuk pilihan Autoplay pula anda kena pilih Never Autoplay Videos. Yang mana nanti jika anda nak tengok video di Facebook/Meta, anda kena tekan dulu atas video tu. Tak seperti sebelumnya video terus dimainkan walaupun anda tak tekan atau tak nak tengok pun video tu. 

Data5

Okay sudah siap!
Senang kan? 
Sekiranya anda ikut kesemua langkah-langkah di atas tadi anda mampu menjimatkan data internet di smartphone anda untuk aplikasi Facebook/Meta.
Nantikan perkongsian Tips Penjimatan Data Internet Smartphone yang seterusnya dari kami!

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *