Pelikkan beli pendrive kapasiti dah cukup besar dah tapi tak boleh nak transfer pula file yang bersaiz lebih kecil daripada kapasiti pendrive tu.
Biasanya bila nak transfer file tu akan keluar pop-up error seperti di bawah.

Large File

Kalau anda pernah atau sedang alami masalah ni sekarang, jangan risau.
Kami akan tunjukkan solusi yang sangat mudah untuk anda follow, jom! 

Langkah 1 : Anda cucuk dulu pendrive anda seperti biasa. Apabila pendrive tersebut sudah detect di laptop atau pc anda, anda tekan right-click nanti akan keluar pop-up dengan beberapa pilihan.

Right-Click1

Langkah 2 : Seterusnya daripada banyak pilihan tersebut anda kena pilih Format... Nanti akan keluar pop-up seperti di bawah pula.

Right-Click2

Langkah 3 : File system yang asal (FAT32) tu anda kena tukar pilih NTFS, kemudian tick kotak Quick Format dan seterusnya tekan butang start.

Right-Click3

Langkah 4 : Bila keluar pop-up seperti di atas, anda tekan butang Ok. Dalam beberapa saat sahaja proses ini akan selesai. Bila dah selesai anda boleh cuba sekali lagi untuk transfer file yang anda nak tadi.

Biasanya selepas anda ikut dan buat langkah-langkah seperti di atas tadi, dah takda masalah untuk anda nak transfer sebarang file yang saiznya lebih kecil daripada kapasiti pendrive anda tu. 
Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda dan rakan-rakan anda di luar sana.
Jadi jangan lupa untuk kongsikan artikel ini.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *