2 model printer bajet ini memang hot selling dan sentiasa menjadi pilihan rata-rata pelanggan kami.
Kami yakin bukan sahaja di Monaliza, malah kalau anda tanya di mana-mana kedai komputer pun 2 model ni antara yang ramai pelanggan cari.
Semestinya disebabkan harga 2 model printer ini tersangat mampu milik, bawah RM200 sahaja.
Selain itu saiznya yang compact amat sesuai untuk kegunaan di rumah serta famous juga di kalangan pelajar yang perlukan printer untuk dibawa ke kolej dengan tujuan untuk print assignment dan sebagainya.
Disebabkan 2 model printer ni hampir sama dari segi design, saiz dan fungsi, ramai yang keliru tak tahu nak pilih model mana satu.
Jadi dalam artikel ini jom kita periksa setiap model dengan lebih detail.

Hp Deskjet 2330 AIO Printer

hp 2330

SPESIFIKASI

  • Saiz : A4
  • Print Technology : HP Thermal Inkjet 
  • Fungsi : Print, Scan, Copy
  • Print Speed (A4, ISO) : sehingga 7.5 / 5.5 ppm (hitam/warna)
  • Print Resolusi (Maksimum) : 1,200 x 1,200 dpi
  • Scan Resolusi : 1,200 x 1,200 dpi
  • Copy Resolusi : sehingga 600 x 300 dpi
  • Input Kertas : sehingga 60 helai
  • Saranan Print Volume Bulanan : 50 - 100 helai
  • Maksimum Copy : sehingga 9 copy
  • Ink Cartridges : HP 67 Black (120 helai) / HP 67 Tri-Color (100 helai)
  •  Waranti 1 Tahun 
  • Ukuran (WxDxH) : 425.2 x 304.1 x 149.1 mm
  • Berat : 3.42 kg
  • Warna : Putih

KELEBIHAN
Printer Hp model Deskjet 2330 AIO ini adalah printer dengan fungsi 3 dalam 1 yang paling murah anda boleh dapat di pasaran sekarang.
Bukan hanya boleh print hitam putih, malah boleh juga print warna.
Begitu juga dengan fungsi copy.
Saiz printer ini juga sangat compact menjadikan ia model pilihan ramai untuk kegunaan di rumah mahupun untuk pelajar bawa ke kolej yang mana ianya menjimatkan ruang.
Saiznya yang compact juga menjadikan printer ini ringan, mudah untuk dibawa.

BEST DEAL
Dengan bajet RM150 sahaja anda sudah boleh miliki 1 printer compact daripada jenama yang tak asing lagi dengan kualitinya yang diyakini ramai.
Harga Printer Hp Deskjet 2330 AIO ini sesuai dengan bajet anda?
Jom grab sekarang di website kami, tekan link di bawah!

Canon Pixma E410

E410

SPESIFIKASI

  • Saiz : A4
  • Fungsi : Print, Scan, Copy
  • Print Speed (A4, ISO) : sehingga 8 / 4 ppm (hitam/warna)
  • Print Resolusi (Maksimum) : 4,800 x 1,200 dpi
  • Scan Resolusi : 600 x 1,200 dpi
  • Multiple Copy : 1 - 21 helai
  • Saranan Print Volume Bulanan : 50 - 200 helai
  • Auto Power ON
  • Ink Cartridges : PG 47 Black (400 helai) / CL 57 Tri-Color (300 helai)
  • Waranti 1 Tahun
  • Ukuran (WxDxH) : 426 x 306 x 145 mm
  • Berat : 3.4 kg
  • Warna : Hitam, Kelabu + Hitam

KELEBIHAN
Walaupun saiz dan design printer Canon Pixma E410 ini nampak hampir sama dengan model Hp tadi, ada sedikit perbezaan yang anda perlu ketahui.
Model Canon ini dilengkapi dengan 1 fungsi tambahan iaitu Auto Power On. 
Dengan adanya fungsi ini, setiap kali printer ini mengesan ada arahan untuk print ia akan on dengan sendirinya.
Selain itu, harga ink printer ini juga lebih murah sekitar RM30-RM50 bergantung warna di tambah pula anda boleh print lebih banyak helaian dengan nilai ink tersebut.

BEST DEAL
Jadi jika anda perlukan 1 printer saiz compact dengan ink murah dan boleh print banyak helai, anda boleh dapatkan model Canon Pixma E410 ini.
Harga sedikit mahal berbanding model pertama tadi, tapi untuk kegunaan jangka masa panjang ia semestinya sangat berbaloi.
Jadi tunggu apa lagi?
Cepat-cepat tekan butang di bawah untuk order!

Macam mana?
Sudah terjawab persoalan anda selama ini berkenaan 2 model printer compact ni?
Semoga dengan perkongsian ini anda dapat membuat pilihan yang tepat, sesuai dengan bajet dan keperluan anda.
Jangan lupa nantikan perkongsian artikel seterusnya daripada Team Kak Mona.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *