Sebelum kita cek spesifikasi setiap model printer dan kenalpasti perbezaan di antara 3 model printer tu, Kak Mona akan highlight sikit persamaan yang ada.
Ketiga-tiga model printer daripada HP ini dilengkapi wireless yang mana anda boleh direct print dokumen anda melalui smartphone.
Selain itu, harga untuk ketiga-tiga model ni masih dalam kategori mampu milik iaitu masih bawah RM500.
Jika ada promosi di Monaliza anda boleh dapat dengan harga yang lebih murah tau.
Jadi sekarang jom kita lihat spesifikasi setiap model printer dengan lebih terperinci. 

HP DeskJet Plus Ink Advantage 4175 AIO Printer

4175

SPESIFIKASI

  • Print Technology : HP Thermal Inkjet
  • Fungsi : Print, Scan, Copy
  • Print Speed (A4, ISO) : sehingga 8.5 / 5.5 ppm (hitam/warna)
  • Wireless, Send Mobile Fax, AirPrint, Mopria, HP Smart app
  • Print Resolusi (Maksimum) : 1,200 x 1,200 dpi (hitam), 4,800 x 1,200 dpi (warna)
  • Scan Resolusi : 1,200 x 1,200 dpi
  • Fax Resolusi : 150 x 150 dpi
  • Input Kertas : sehingga 60 helai
  • Saranan Print Volume Bulanan : 100 - 300 helai
  • Terdapat Paparan Icon LCD
  • Ink Cartridges : HP 682 Black (480 helai) / HP 682 Tri-color (150 helai)
  • Waranti 2 Tahun (1-to-1 on-site exchange)
  • Sesuai Untuk Kegunaan Office & Rumah
  • Ukuran (WxDxH) : 428 x 579 x 261 mm
  • Berat : 4.82 kg
  • Warna : Putih

KELEBIHAN
Dengan reka bentuk yang solid dan tahan lasak, printer ini sesuai untuk kegunaan di pejabat dan premis terutamanya.
Selain datang dengan 3 fungsi utama untuk Print, Scan dan Copy, printer ini juga dilengkapi wireless dan fungsi fax.
Kedua-dua fungsi tambahan ini semestinya sangat diperlukan untuk pekerja pejabat, cikgu, pensyarah dan lain-lain bagi memudahkan kerja-kerja mereka.
Bertambah berbaloi untuk anda miliki kerana harga yang ditawarkan memang sangat murah. 

BEST DEAL
Harga model printer yang pertama ini iaitu model HP Deskjet Plus Ink Advantage 4175 AIO hanya RM349 sahaja.
Antara printer yang dilengkapi wireless serta mempunyai fungsi fax yang murah yang anda boleh miliki sekarang.
Berminat dengan model ni? 
Jom grab sekarang di Website Monaliza!

HP DeskJet Plus Ink Advantage 6475 AIO Printer

6475

SPESIFIKASI

  • Print Technology : HP Thermal Inkjet 
  • Fungsi : Print, Scan, Copy
  • Print Speed (A4, ISO) : sehingga 10 / 7 ppm (hitam/warna)
  • Wireless, Send Mobile Fax, AirPrint, Mopria, Chrome OS, HP Smart app
  •  Print Resolusi (Maksimum) : 1,200 x 1,200 dpi (hitam), 4,800 x 1,200 dpi (warna)
  • Scan Resolusi : 1,200 x 1,200 dpi
  • Fax Resolusi : 150 x 150 dpi
  • Input Kertas : sehingga 100 helai
  • Saranan Print Volume Bulanan : 100 - 400 helai
  • Automatic Duplex Printing
  • Borderless Printing
  • Ink Cartridges : HP 682 Black (480 helai) / HP 682 Tri-color (150 helai)
  •  Waranti 2 Tahun (1-to-1 on-site exchange)
  • Sesuai Untuk Kegunaan Office & Rumah
  • Ukuran (WxDxH) :432.5 x 511.5 x 132.1 mm
  • Berat : 6.16 kg
  • Warna : Putih

KELEBIHAN
Printer HP Deskjet Plus Ink Advantage 6475 AIO ini dilengkapi fungsi auto duplex dan juga borderless printing.
Dengan fungsi auto duplex printing anda boleh print dokumen anda depan & belakang secara automatik.
Anda tak perlu lagi print bahagian depan, kemudian kena masukkan dan terbalikkan kertas untuk print lagi sekali bagi bahagian belakang pula.
Untuk fungsi borderless printing pula anda dapat print dokumen dengan saiz lebih besar disebabkan anda tak perlu lagi ikut saiz margin setiap sisi kertas.
Kedua-dua fungsi ini sangat membantu mempercepatkan proses printing anda serta menjimatkan masa dan juga kertas.

BEST DEAL
Harga untuk Printer HP Deskjet Plus Ink Advantage 6475 AIO ini RM499.
Harga ni bagi kami sangat berbaloi dengan beberapa fungsi tambahan yang ditawarkan.
Yang mana ianya memang sangat membantu memudahkan urusan printing anda.
Jika printer ini memenuhi keperluan anda, jangan lupa dapatkan segera.
Tekan butang di bawah!

HP Ink Tank Wireless 415 AIO

415

SPESIFIKASI

  • Print Technology : HP Thermal Inkjet
  • Fungsi : Print, Scan, Copy
  • Print Speed (A4, ISO) : sehingga 8 / 5 ppm (hitam/warna)
  • Wireless, HP Smart app
  • Print Resolusi (Maksimum) : 1,200 x 1,200 dpi (hitam), 4,800 x 1,200 dpi (warna)
  • Scan Resolusi : 1,200 x 1,200 dpi
  • Input Kertas : sehingga 60 helai
  • Saranan Print Volume Bulanan : 400 - 800 helai
  • Terdapat 7 Segment + Paparan Icon LCD
  • Ink Botol : HP GT51 Black (5,000 helai) / HP GT52 Cyan (8,000 helai) / HP GT52 Magenta (8,000 helai) / HP GT52 Yellow (8,000 helai)
  •  Waranti 1 + 1 Tahun (1-to-1 on-site exchange)
  • Sesuai Untuk Kegunaan Office & Rumah
  • Ukuran (WxDxH) : 525 x 553.5 x 256.6 mm
  • Berat : 4.67 kg
  • Warna : Hitam 

KELEBIHAN
Sesuai dengan namanya, printer ini jenis ink tank yang mana inknya anda boleh refill dengan mudah.
Tiada lagi masalah ink tertumpah, bocor dan sebagainya.
Harga ink refill untuk model printer ini juga lebih murah dan yang lagi best anda boleh print banyak helai untuk setiap botol ink tu.
Jadi tak pelik kenapa ramai pelanggan kami berminat untuk memiliki printer model ini untuk kegunaan di pejabat, premis, sekolah mahupun di rumah.

BEST DEAL
Harga printer HP Ink Tank Wireless 415 AIO ini pula RM490.
Untuk printer model ink tank macam ni malah dilengkapi wireless, boleh dikatakan ini antara model yang termurah anda boleh miliki.
Saiz pula agak compact, sesuai untuk anda letakkan di mana-mana ruang kerja anda.
Anda sudah tertarik dengan semua fungsi yang ada pada printer ini?
Jangan lupa dapatkan di Monaliza, tekan butang di bawah!

Setelah anda meneliti spesifikasi setiap model printer di atas, pastinya anda sudah ada model printer yang anda inginkan.
Pastikan anda pilih model yang sesuai mengikut keperluan anda baru la berbaloi untuk kegunaan jangka masa lama.
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda dan jangan lupa nantikan perkongsian artikel seterusnya daripada kami.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.