Ramai yang tanya IP Kamera ni apa?

Okay, meh Kak Mona jelas kan.

IP kamera fungsi nya sama sahaja dengan “CCTV” iaitu untuk memantau keselamatan dan merakam setiap aktiviti dalam bentuk video.

Namun, harga IP kamera biasa nya lebih murah dan mudah di pasang berbanding CCTV.

Kelebihan menggunakan IP kamera : 


  • Untuk memantau rumah atau pejabat dari jauh.
  • Kos yang murah.
  • Boleh akses di mana sahaja.
  • Sennag di pasang dengan tetapan yang lebuh 'user friendly'.

Terdapat banyak jenama-jenama IP Kamera yang terdapat di pasaran pada masa kini.

Namun kali ni Kak Mona nak share satu IP kamera harga bawah RM150 yang berbaloi untuk tujuan pemantauan dan pengawasan iaitu,

TP-LINK TAPO C210 PAN/TILT Home Security WI-FI Camera

Spesifikasi : 

  • Kamera boleh bergerak 360 darjah.
  • Berdefinasi ultra tinggi iaitu 3MP.
  • Mempunyai Audio dua hala.
  • Penglihatan malam (night vision) dan pengesan gerakan (motion detection).
  • Mempunyai mod privasi.
  • Menyokong SD Card sehingga 256GB.

Kenapa Kak Mona sangat rekemenkan IP kamera ni?

1) Mengesan Gerakan dan menghantar makluman kepada anda  dengan segera.

Apabila kamera ini mengesan pergerakan, ia akan segera menghantar notifikasi kepada anda. Ini mampu mengelakkan sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku.

Seeloknya anda boleh memasang kamera ini ke arah pintu masuk atau garaj untuk keselamatan.

2) Mempunyai penglihatan malam (night vision)

IP kamera ini mempunyai Night Vision dengan ciri inframerah 850 nm dengan jarak visual sehingga 30 kaki.

Ini bermakna walaupun berada pada ruangan yang gelap dan tiada cahaya, kamera ini masih mampu merakam dengan baik.

3) Kualiti video

Tapo C210 juga mampu merakam video dengan resolusi yang tinggi iaitu 3MP.

Dengan ini, video yang di hasilkan akan lebih terang dan jelas.

4) Paparan langsung dan audio dua hala

Antara kelebihan lain kamera ini ialah mempunyai fungsi audio dua hala di mana anda boleh berkomunikasi secara langsung dua hala

Anda boleh bercakap menerusi sambungan telefon pintar dan suara anda keluar melalui spekar yang terdapat pada IP Kamera tersebut.

Anda juga boleh mendengar suara daripada IP Kamera tersebut dan terus di hantar ke telefon pintar.

5) Mod privasi

Apa yang menarik lagi, kamera ini mempunyai kelebihan di mana anda boleh aktif kan privasi mode dan kamera ini akan terpadam.

Anda boleh matikan pengawasan pada bila-bila masa untuk melindungi privasi anda.

6) Menyokong microSD sehingga 256GB

TPlink Tapo C210 menyokong microSD sehingga kapasiti 256GB.

Dengan kapasiti sebesar ini, ia mampu menyimpan video sebanyak 512 jam (21hari) rakaman.

Sekiranya kapasiti sudah penuh, video-video lama akan di padam dan di gantikan dengan video-video yang baru.

7) Pergerakan kamera 360 darjah

Kamera ini mempunyai ‘coverage view’ 360 darjah. Ini bermakna kamera ini mampu merakam seluruh ruangan dan tidak ada titik buta.

8) Sambungan Wifi

IP kamera ini juga boleh disambungkan kepada wifi rumah atau pejabat anda.

Dengan ini anda boleh memantau dengan menggunakan telefon pintar melalui apliksai Tapo pada bila-bila masa dan di mana sahaja selagi kamera tersebut masaih bersambung dengan wifi rumah atau pejabat anda.

9) Mudah dipasang

Tapo C210 juga sangat mudah di pasangkan. Anda hanya perlu Ikuti panduan yang sudah ditetapkan dan pasangkan dalam masa yang singkat!

Namun perlu di ingatkan. Kamera ini sesuai untuk kegunaan ‘indoor’ sahaja dan ianya bukan kalis cahaya.

Jika anda berminat untuk dapatkan IP Kamera ini, boleh terus klik di bawah!

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.