Team Kak Mona menerima banyak soalan berkenaan 3 model printer bajet daripada jenama Canon ni.
Harga ketiga-tiga model ni pun lebih kurang sahaja, bawah RM300.
Memang mampu milik untuk kegunaan biasa di pejabat, di rumah mahupun untuk student bawa ke kolej.
Saiz pun lebih compact, menjimatkan ruang serta ringan mudah untuk dibawa.
Jadi nak pilih model yang mana satu ye?
Jom Kak Mona bantu anda bandingkan ketiga-tiga model ni supaya anda dapat buat pilihan yang lebih tepat, sesuai mengikut keperluan anda. 

Canon Wireless Printer MG3670 Red

MG3670

SPESIFIKASI

  • Jenis Printer : Inkjet
  • Format Saiz : A4
  • Fungsi : Print, Scan, Copy
  • Print Speed (A4, ISO) : sehingga 9.9 / 5.7 ipm (mono/warna)
  • Wi-Fi, AirPrint, Mopria, Direct Wireless, Wireless Pictbridge
  • Print Resolusi (Maksimum) : 4,800 x 1,200 dpi
  • Scan Resolusi : 1,200 x 2,400 dpi
  • Input Kertas : 100 helai
  • Saranan Print Volume Bulanan : 30 - 100 helai
  • Automatic Duplex Printing
  • Ink Cartridges : PG-740 (180 helai) / CL-741 (180 helai) 
  • Ukuran (WxDxH) : 449 x 304 x 152 mm
  • Berat : 5.4 kg
  • Warna : Merah

KELEBIHAN
Printer Canon MG3670 ini dilengkapi fungsi auto duplex yang mana ianya bukan sahaja memudahkan kerja anda, malah menjimatkan masa.
Apa itu fungsi auto duplex?
Bahasa mudahnya ia boleh print dokumen anda depan & belakang secara automatik.
Anda tak perlu lagi print bahagian depan, kemudian kena masukkan dan terbalikkan kertas untuk print lagi sekali bagi bahagian belakang pula.
Jadi fungsi ini sebenarnya sangat membantu terutamanya bila kena print dokumen dengan helaian yang banyak.
Memudahkan kerja serta menjimatkan masa dan juga kertas.

BEST DEAL
Harga untuk Printer Canon MG3670 ni hanya RM299 sahaja.
Dilengkapi beberapa fungsi yang mampu memudahkan kerja-kerja printing anda, sememangnya harga yang ditawarkan tu sangat-sangat berbaloi.
Jika printer ini memenuhi keperluan anda, jangan lupa dapatkan segera.
Tekan butang di bawah!

Canon Pixma Inkjet TS3470 AIO Wireless Printer

TS3470

SPESIFIKASI

  • Jenis Printer : Inkjet
  • Format Saiz : A4
  • Fungsi : Print, Scan, Copy
  • Print Speed (A4, ISO) : sehingga 7.7 / 4 ipm (mono/warna)
  • Wi-Fi, AirPrint, Mopria, Wireless Direct, Wireless PictBridge
  • Print Resolusi (Maksimum) : 4800 x 1200 dpi
  • Scan Resolusi : 600 x 1,200 dpi
  • Maksimum Multiple Copy : 20 helai 
  • Saranan Print Volume Bulanan : 50 - 200 helai
  • Borderless 4R Photo Printing
  • Auto Power ON/OFF
  • Dilengkapi Paparan LCD 1.5" dengan Paparan Icon
  • Ink Cartridges : PG-745 (180 helai) / CL-746 (180 helai)
  • Waranti 1 Tahun In-house
  • Ukuran (WxDxH) : 435 x 327 x 145 mm
  • Berat : 4 kg
  • Warna : Hitam

KELEBIHAN
Printer Canon TS3470 ini menawarkan fungsi untuk anda print gambar saiz 4R secara borderless. 
Ini bermakna anda boleh print gambar tanpa perlu ikut saiz margin setiap sisi kertas.
Gambar yang akan dihasilkan daripada printer ini juga akan jadi besar sedikit.
Kualiti gambar hasil daripada printer ini juga sangat bagus dengan harga ink yang berpatutan.

BEST DEAL
Harga untuk Printer Canon TS3470 ni sama dengan model di atas iaitu RM299 sahaja.
Jika anda mencari printer saiz compact untuk print gambar dengan kualiti yang cun, anda boleh dapatkan printer model ni.
Jom dapatkan segera, tekan butang di bawah!

Canon Pixma Inkjet E470 AIO Wireless Printer

E470

SPESIFIKASI

  • Jenis Printer : Inkjet
  • Format Saiz : A4
  • Fungsi : Print, Scan, Copy
  • Print Speed (A4, ISO) : sehingga 8 / 4 ipm (mono/warna)
  • Wi-Fi, Direct Wireless, Wireless Pictbridge
  • Print Resolusi (Maksimum) : 4,800 x 1,200 dpi
  • Scan Resolusi : 600 x 1,200 dpi
  • Input Kertas : 60 helai
  • Saranan Print Volume Bulanan : 50 - 200 helai
  • Auto Power ON/OFF
  • Dilengkapi Paparan Mono LCD
  • Ink Cartridges : PG-47 (400 helai) / CL-57S (180 helai) / CL-57 (300 helai)
  • Waranti 3 Tahun (1-to-1 on-site exchange)
  • Ukuran (WxDxH) : 426 x 306 x 145 mm
  • Berat : 3.5 kg
  • Warna : Hitam / Hitam + Kelabu

KELEBIHAN
Selain saiz yang compact, fungsi yang sesuai untuk kegunaan harian, harga ink cartridge Printer Canon E470 ini juga lebih murah.
Serta bilangan helaian yang akan anda perolehi juga lebih banyak.
Sebagai contoh untuk ink warna Hitam, berbanding 2 model di atas ink Printer Canon E470 mampu print sehingga 400 helai sedangkan model lain hanya 180 helai sahaja.
Selain itu ia juga dilengkapi dengan 1 fungsi tambahan iaitu Auto Power On dan Off.
Dengan adanya fungsi ini, setiap kali printer ini mengesan ada arahan untuk print ia akan on dengan sendirinya dan kemudian akan off secara automatik selepas jangka masa tertentu.

BEST DEAL
Harga untuk Printer Canon E470 ni jika anda dapatkan sekarang di Website Monaliza hanya RM239 sahaja.
Dari segi harga printer pun model E470 ni jauh lebih murah berbanding 2 model di atas.
Jadi tunggu apa lagi?
Jom ke Website Monaliza, boleh tekan butang di bawah!

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk dapatkan printer compact bagi kegunaan harian sama ada untuk diletakkan di pejabat, premis, rumah mahupun untuk student.
Nantikan perkongsian artikel seterusnya dari Team Kak Mona.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.