Tak lengkap rasanya main game tanpa gaming monitor, betul tak?

Gaming monitor yang bagus meupakan salah satu komponen yang penting saat bermain game kerana ia memiliki ciri-ciri dan spesifikasi yang berbeza dengan monitor untuk kegunaan biasa.

Dalam blog kali ni Kak Mona ingin kongsikan Gaming Monitor harga bajet bawah RM600 iaitu "Samsung 24” FHC Curved Gaming Monitor LC24RG”

Jom!

SPESIFIKASI

  • Size skrin : Screen Size (Inch) : 23.5
  • Jenis skrin : Melengkung (Curved)
  • Jenis panel : VA
  • Contrast Ratio Static : 3,000:1 (Typ)
  • Resolusi : 1,920 x 1,080
  • Response Time : 4 ms (GTG)
  • Refresh Rate : 144Hz

Dari segi input dan output sambungan (connection) monitor ni, di bahagian sebelah kiri mempunyai audio jack, 1 display port 1.2 dan 2 hdmi 1.4

Monitor ini hadir dengan 1 analog joystick di bahagian belakang monitor untuk mengawal OSD, mengawal contrast, brightness,sharpness, volume dengan mudah dan cepat.

Untuk kualiti display monitor ini pula, monitor ini menggunakan VA panel. Ini bermakna kualiti gambar sudah cukup bagus  di tambah pula dengan contrast Ratio yang tinggi iaitu 3,000:1.

Monitor ini hadir dengan refresh rate yang sangat tinggi iaitu 144Hz. Refresh rate adalah kemampuan monitor untuk melakukan refresh atau kecepatan monitor dalam memperbarui gambar setiap detiknya.

Dengan kecepatan monitor 144hz ia sudah cukup untuk memberikan pengalaman yang baik dalam bermain game.

Bagi respon time, monitor Samsung 24” FHC Curved Gaming Monitor LC24RG menawarkan Respon time juga laju iaitu 4ms. Response time adalah kecepatan monitor untuk mengubah warna yang ditampilkan dalam satuan “ms”. Dalam hal ini, makin rendah angkanya, makin sedikit afterimage yang muncul.

Monitor ini hadir dengan reka bentuk Curved, iaitu mempunyai paparan yang melenkung dan lebar. Sangat sesuai untuk main game kerana ia mampu memberikan paparan yang lebih jelas.

Walaupun monitor ini sangat bagus namun anda mesti sedia tahu bahawa ,monitor ini tidak mempunyai vesa mount. Ini bermakna monitor ini tidak boleh digunakkan bersama monitor arm. Selain itu, monitor ini juga tidak mempunyai built in speaker.

Kesimpulannya, Monitor ini sangat berbaloi untuk gamer yang sedang mencari monitor gaming harga bajet bawah RM600. Dilengkapi dengan ciri-ciri yang sangat sesuai untuk gaming.

Untuk info yang lebih lanjut boleh klik link youtube review dari Abe Cerah mengenai monitor Samsung 24” FHC Curved Gaming Monitor LC24RG ni,

https://www.youtube.com/watch?v=uGmRMiummAg

Jika berminat untuk order, boleh klik link di bawah :

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.