Sebulan yang lepas kami dapat casing ITX untuk kami review, lepas tu kami dapat pula untuk model yang lain dan yang terbaru ni kami dapat lagi 1 model iaitu Darkflash DLH21 Luxury ITX Case. Case ni memang sangat kecil dan yang menariknya ia dalam keadaan yang menegak. Ia bukan seperti case biasa yang melintang atau bentuk 4 segi tu. Ada banyak perkara yang kami ingin kongsikan dengan anda berkaitan Darkflash DLH21 Luxury ITX Case ni. Jom !

PEMASANGAN HARDWARE

Mula-mula sekali kami akan kongsikan dengan anda proses pemasangan hardware ke dalam casing ni. Cara untuk buka panel atas dan sisi tepi casing ni sangat mudah. Untuk panel atas anda hanya perlu tarik sahaja ke atas sebab ia hanya disambungkan menggunakan magnet sahaja. Tapi untuk panel sisi tepi anda kena buang skru yang bersambung dengan frame casing. Langkah seterusnya anda kena cabut mount frame untuk kipas 240mm supaya ruang jadi lebih luas bagi memudahkan anda untuk pasang motherboard dan hardware lain termasuklah untuk susun atur kabel pendawaian.

Kemudian anda dah boleh masukkan motherboard, radiator tu kami biarkan ia di luar dahulu tanpa skru, lepas tu kami masukkan power supply iaitu model FSP Dagger Pro 650W. Seterusnya kami pasang semua kabel yang boleh dicapai seperti PSU 24 pin, kabel CPU 8 pin, fan, argb fan dan kabel Usb 3.0. Yang menariknya untuk DLH21 ni ia datang dengan Usb Type-C. Bila anda dah siap sambung semua kabel-kabel tadi, barulah anda boleh pasang RAM dan graphic card. Untuk kali ini kami guna PNY XLR RTX3060Ti dual fan. Sebenarnya kalau guna graphic card yang kecil ni pun ia agak sempit untuk DLH21 ni. Akhir sekali barulah anda pasang radiator 240 dan dah siap !

Anda boleh nampak yang hardaware dalam casing ni agak sendat yang mana ini adalah perkara yang normal untuk casing jenis ITX. Cuma berdasarkan pengalaman peribadi kami, DLH21 ni bukanlah casing ITX yang mempunyai clearance yang terbaik.

REKA BENTUK

Mula-mula sekali kita akan cakap pasal reka bentuk casing ni dulu. Reka bentuk dalaman dan luaran casing ni bagi kami sangat cantik dengan corak mesh yang sedikit unik jika anda perhati betul-betul. Casing ni agak minimalist, kami tak kisah untuk letak casing ni di ruang tamu. Mungkin juga tetamu nanti akan tertukar casing ni dengan air humidifier. Dan antara perkara yang Darkflash nak fokuskan pada casing ni adalah RGB strip yang ada di bahagian bawah casing ni. Anda boleh kawal secara manual dengan butang reset atau anda boleh sambung terus ke motherboard sebab ia jenis argb.

IO di panel hadapan casing ni bagi kami sangat lengkap siap ada Usb Type-C, sesuai dengan namanya sebuah Luxury ITX Case. Sebenarnya untuk Tahun 2020-2021 ni masih banyak lagi casing yang dalam kategori bangsawan harga sehingga RM500-RM600 tapi masih tiada port untuk Usb Type-C. Sebab itu casing DLH21 ni kami patut puji dari segi sambungannya. Lepas tu kami suka bagaimana Darkflash terapkan idea untuk sambungan IO seperti Hdmi, kable Usb, kabel LAN dan lain-lain yang mana kita kena sambung ikut atas dan semua kabel tu kena lalu satu lubang rubber gromet dan di hadapannya ada satu pemegang kabel untuk kita susun kabel-kabel tersebut. Ciri ini yang kami suka pada Darkflash DLH21 ni.

Proses pemasangan hardware ke dalam DLH21 ni tak susah dan tak rumit sangat. Cuma seperti biasa clearance untuk ITX case ni sempit sangat jadi susah sikit untuk kami capai satu-satu tempat tu. Kalau anda tanya kami tahap kesenangan tu kami bagi 7/10 bintang macam tu.

BUILD QUALITY

Build quality untuk DLH21 ni mantap. Besi yang digunakan memang solid dan di bahagian bawah base tu pakai plastik.

PRESTASI THERMAL 

Untuk prestasi thermal pula, ia ada bagi 1 kipas bersaiz 8mm cuma kami tak guna. Kami cuma guna 2 kipas Darkflash Symphony 240. Kami test dengan 2 keadaan, kami stress processor Ryzen 9 5900X dengan keadaan pertama casing ni terbuka tiada panel atas atau panel sisi yang tertutup. Manakala keadaan yang kedua pula kami tutup semua termasuk dengan panel atas.

Ini graf yang kami dapat dan ada perbezaan sebanyak 5°C. Kalau anda tanya kami perbezaan 5°C ni besar ke kecil? Jawapan kami adalah besar. Kita dengar sahaja nilai 5 tapi sebenarnya 5°C adalah satu perbezaan yang sangat ketara. Sebab itu kalau anda nak guna DLH21 kami recommend anda beli CPU Cooler yang mantap lepas tu anda gabungkan dengan graphic card yang tak keluarkan haba sangat.

KESIMPULAN

Harga untuk Darkflash DLH21 ni adalah RM359. Selepas kami dah tengok ciri Darkflash tawarkan pada Darkflash DLH21 Luxury ITX Case ni kami boleh katakan yang ianya berbaloi. Cuma Darklash ada tanya kami ada lagi ke yang perlu diperbaiki pada Darkflash DLH21 ni? Perkara yang kena perbaiki tu mungkin tiada. Cuma untuk dapat ekstra point dari kami, kami prefer Darkflash bagi kami rubber fit kemungkinan jika kami nak letak case ni secara melintang jadi casing ni tak tercalar. Buat masa sekarang casing Darkflash DLH21 ni datang dengan 3 warna iaitu warna putih, hitam dan pink. Kemungkinan juga ia akan datang dengan warna mint green.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.