Dalam artikel kali ini kami akan review Apple Macbook Pro yang menggunakan chipset yang digembar-gemburkan satu dunia iaitu M1. Kali terakhir kami guna Apple Macbook Pro ni adalah pada Tahun 2013. Jadi bila kami dapat Apple Macbook Pro ni kami ambil sedikit masa untuk terbiasa dengan sistem yang digunakan sebab laptop yang biasa kita guna tu seperti Asus, Acer dan lain-lain tu menggunakan sistem Windows manakala untuk Apple Macbook Pro ni menggunakan sistem IOS. Ada sedikit perbezaan di antara 2 sistem ni. Selepas kami dah cuba Apple Macbook Pro ni memang kami kagum sangat dengan prestasinya tapi kami nak nasihatkan kepada anda, jangan beli lagi. Kalau anda rasa Apple Macbook Pro ni power habis pun, jangan beli lagi. Kenapa kami cakap macam tu? Jom kami kongsikan !

SPESIFIKASI 

Mula-mula sekali kita akan bincangkan pasal spesifikasi laptop ni sebab ia adalah highlight utama untuk Apple Macbook Pro ni. Berbeza dengan kebanyakan laptop malah untuk Macbook Pro sebelum ni pun, Apple Macbook Pro 13 M1 ni guna SOC, System On Chip yang mana semua system seperti graphic card, processor, IO semua ada dalam 1 chip sahaja. Kalau nak kata ia ala-ala AMD APU pun boleh cuma ia lebih hebat dari tu. RAM yang digunakan adalah 8GB dan storage 512GB. Kalau anda beli model yang RAM 8GB, anda tak boleh nak upgrade dah selepas tu. Untuk storage tu kami test kelajuan untuk Read & Write dapat sekitar 2500MB/s.

Dari segi luaran sebenarnya sama sahaja antara Macbook Pro 13 2020 dengan Macbook Pro sebelum ni, tiada tambahan apa-apa yang mana bagi kami sedikit kekurangan pada Macbook Pro 13 ni. Layout keyboard Macbook Pro 13 ni sama dengan laptop biasa, senang untuk digunakan cuma yang uniknya ia ada touchbar di bahagian atas untuk kawal beberapa setting. Sebenarnya touchbar ni bukanlah sesuatu yang baru tapi kalau dibandingkan dengan laptop biasa, ciri ini adalah satu benda yang unik. Touchpad pada Macbook Pro 13 ni besar dan ruang antara keyboard dan hujung laptop pun agak besar yang mana boleh digunakan untuk merehatkan pergelangan tangan anda.

Material yang Apple guna pada Macbook Pro 13 ni adalah Aluminium sepenuhnya dan build quality memang solid habis. Kalau anda buka skrin dan buat sudut menunduk atau tolak lebih ke belakang pun tiada masalah sebab hinge yang digunakan tu memang betul-betul pegang skrin dan body laptop dengan sangat baik. Cuma mungkin kami jenis berkulit kering dengan sentuhan body laptop dari Aluminium ni kami dapat rasakan ada sedikit aliran elektrik. Ini bukan perkara baru buat kami, malah untuk Macbook Pro 2009 pun sama.

Skrin dan warna Macbook Pro 13 memang terbaik. Nit 500, retina display, SRGB 125 dengan true tone memang kagum habis. Warna tu sangat lawa, font tu anda boleh nampak dengan sangat jelas. Kalau model yg boleh lawan skrin Apple ni mungkin Dell XPS yang guna resolusi 4K. Saiz skrin laptop ni 13 inci dengan kaca jenis glossy. IO port hanya ada 2 port Usb Type-C di sebelah kiri, menyokong Thunderbolt 3. Highlight utama Macbook Pro M1 ni semestinya processor yang digunakan atau lebih tepat lagi sistem yang digunakan. Berbanding guna processor asing, graphic card asing, Apple gabungkan ke semua ni termasuk IO port dalam satu chipset yang dipanggil SOC tadi. Dengan sistem ni mereka dapat tingkatkan prestasi sambil kurangkan penggunaan tenaga.

PRESTASI

Untuk prestasi Macbook Pro M1 ni memang kami kagum habis. Kami buka beberapa software serentak seperti Dota 2, Streamlabs, Premiere ia baru hit 50% dari penggunaan processor dan masih berfungsi dengan bagus, tiada masalah langsung. Kami juga ada test edit video 4K menggunakan Adobe Premiere pun tetap smooth, tiada loading, tiada sangkut-sangkut. Playback pun kami boleh set 1:1 untuk video 4K. Kalau laptop gaming pun sekurang-kurangnya kena guna processor Ryzen 9. Dan paling best kami edit video 4K ni tanpa sambung power adapter pun, memang padu habis.  Untuk gaming kami test dengan Dota 2, disebabkan Macbook ni guna sistem IOS jadi tak banyak game yang Macbook support. Anda boleh cek sendiri game apa yang boleh dimainkan di Macbook. Sebab tu orang kata Macbook ni bukan diciptakan untuk gaming. Bukan ia tak mampu tapi tak banyak developer yang sanggup keluarkan duit untuk buat game semata-mata untuk Macbook.

BATERI

Untuk bateri pula seperti yang kami cakap tadi, disebabkan ia guna SOC M1 bateri sangat-sangat jimat. Untuk web browsing anda boleh guna sampai 20 jam tapi bagi kami itu biasa-biasa sahaja sebab kita boleh jumpa perkara sama pada mana-mana Macbook. Tapi yang paling bestnya kita boleh hidupkan Macbook Pro ni guna powerbank smartphone tu sahaja. Kalau powerbank yang anda guna tu cukup hebat, ia akan guna powerbank tu sahaja untuk cas bateri Macbook ni. Tapi kalau powerbank anda tu biasa-biasa sahaja, ia akan bypass bateri dan guna powerbank tersebut. Dalam erti kata lain bateri Macbook ni akan lambat rosak sebab battery cycle tu kecil.

WEBCAM

Untuk kualiti webcam Macbook Pro 13 ni tiada yang special sangat, kualiti yang anda boleh dapat di mana-mana webcam yang lain. Cuma audio kualiti iaitu mikrofon untuk Macbook Pro 13 ni memang terbaik.

THERMAL

Untuk prestasi thermal pula, Macbook Pro 13 ni datang dengan active cooling yang mana ia ada kipas untuk sejukkan hardware-hardware yang ada dalam laptop ni. Sebenarnya kami jangkakan prestasi thermal Macbook Pro 13 ni power sebab ia pakai SOC tapi bila kami edit video guna Adobe Premiere, bahagian bawah keyboard tu dah mula rasa panas.

SPEAKER

Untuk speaker pula, audio yang dikeluarkan tu memang padu habis sesuai dengan mikrofon jenis professional yang digunakan.

TUNGGU DULU !

Tapi kenapa kami larang anda dari beli Macbook Pro 13 ni dulu? Sedangkan tak jumpa pun bahagian yang negatif pada Macbook Pro 13 ni. Bahagian yang masalah pada Macbook Pro 13 ni adalah pada software atau aplikasi. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan software yang ada sekarang tak optimize lagi dengan chipset M1 ni. Jadi bila anda guna akan ada bug, akan ada masalah. Kalau anda masuk forum, anda baca review tentang Macbook Pro M1 ni anda akan jumpa ramai sangat yang komplen pasal Adobe Photoshop, masalah Bluetooth tak connect dan lain-lain. Ini kerana kebanyakan software ni dibuat khas untuk Intel.

Macam Adobe Premiere tadi pun tak optimize lagi sebenarnya cuma kalau kita fikir balik software tu dengan tak fully optimize lagi dengan chipset M1 ni pun dah sangat smooth macam tu. Anda bayangkan kalau ia dah optimize nanti? Memang laju habis. Sepanjang kami guna Macbook Pro M1 ni memang ada sekali sahaja hang. Ini sebenarnya berkaitan masalah masa, jangan beli lagi buat masa sekarang sehingga chipset M1 ni diterima dalam pasaran kita. Kami yakin bila chipset ni sudah diterima dan software sudah optimize dengan chipset ni, Apple akan mendahului dunia dalam market laptop seperti mana Iphone mendahului dunia smartphone. Jadi harga untuk Macbook Pro 13 M1 yang kami review ni adalah RM6399.

 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.