Masuk Tahun 2021 ni dah ada yang tanya macam mana nak kekal kacak untuk tahun ni? Jadi kali ini Abe Cerah akan kongsikan dengan anda rahsia Abe Cerah sendiri untuk kekal kacak pada Tahun 2021 iaitu anda kena beli jam terbaru dari Amazfit ni iaitu Amazfit GTS 2E. Amazfit keluarkan model jam ni untuk sesiapa di luar sana yang nak kekal kacak dan dalam masa yang sama kekal sihat.

WARNA 

Amazfit GTS 2E ni datang dengan 3 pilihan warna iaitu Lilac Purple, Moss Green dan Obsidian Black.

REKA BENTUK

Bagi kami reka bentuk Amazfit GTS 2E ni elegan tapi ia tak menampakkan pemakai tu kelihatan terlampau esklusif dan bangsawan jadi jam ni amat sesuai untuk seorang YouTuber dan dalam masa yang sama seorang usahawan seperti Abe Cerah. Kalau dilihat dari atas, skrin jam ni edge to edge yang mana kacanya tu dari hujung ke hujung jadi memang nampak premium serta ia nipis, anggun dan bergaya.

Sebelum ni kami pernah bandingkan antara GTS 2E ni dengan GTS 2. GTS 2E ni sedikit tebal dan ia menggunakan gelas lengkung 2.5d jadi anda tak kan nampak reka bentuk seakan petak atau keras, bentuknya lebih smooth macam tu. Di bahagian tepi jam ni ada crown protector, lengkungan tu memang langsing habis. Bila anda nak beli mana-mana model smartwatch pun, kunci utamanya anda kena tengok pada skrin. Kaca apa yang digunakan tu penting, tapi apa yang lagi penting adalah adakah display jam tu lawa atau tak.

Jadi saiz skrin untuk GTS 2E ni adalah 1.65 inci, skrin jenis HD AMOLED dengan pixel density 241 ppi. Warna yang digunakan pada jam ni memang warna-warni sangat dan memukau habis. Kalau anda pandai pilih watch face memang lagi cantik. Watch face tu bukan sahaja boleh disimpan dalam smartwatch ni tapi sebenarnya ada banyak lagi pilihan lain dalam aplikasi yang disediakan. Dan yang bagusnya anda boleh customize gambar apa yang anda nak letak. Untuk model GTS 2 dan GTS 2E ni yang paling best adalah ia ada watch face untuk Always On Display yang lagi proper dari GTS 1.

HARGA

Untuk makluman anda sekarang Amazfit ada buat promosi untuk jam ni. Harga asalnya RM549 tapi harga promosi sekarang RM489 sehingga Chinese New Year ini sahaja.

KESIMPULAN

Untuk Amazfit GTS 2E ni memang kami nak racun anda untuk beli jam ni. Bagi kami kalau anda tak tahu pasal kewujudan jam ni di pasaran ia merupakan satu kerugian sebab jam ni layak untuk mendapat pujian dari segi rupa dan ciri dalaman. Awal-awal dulu kami agak skeptikal dengan smartwatch, kenapa nak beli jam yang mahal lagi menyusahkan kena cas apa semua kan? Tapi sejak kebelakangan ini kami lebih suka pakai smartwatch. Bila kami jumpa orang, rekod video, tengok kamera tahap keyakinan kami meningkat, jadi lebih selesa. Secara jujurnya kami tak guna sangat ciri-ciri yang ada pada smartwatch ni walaupun pada Amazfit GTS 2E ni terdapat banyak sangat ciri yang mantap. Pada smartwatch ni kami guna 3 ciri sahaja iaitu notifikasi untuk call, cek kalori dan jam. Mula-mula dulu memang kami guna semua ciri-ciri yang ada tu tapi bila dah guna lama, terlampau banyak notifikasi masuk jadi kami pun dah OFF ciri-ciri tu.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *