Untuk artikel kali ini kami nak tunjukkan 1 model smartphone ni yang mana ia dihadiahkan oleh Lenovo. Smartphone ni merupakan smartphone gaming iaitu model Lenovo Legion Phone Duel. Bagi kami smartphone ni agak menarik dan lain sikit jika dibandingkan dengan smartphone gaming yang lain yang ada di pasaran sekarang. Nanti kami akan kongsikan apa yang lain tu. Nak tahu? Jom !
REKA BENTUK
Mula-mula sekali jom kita tengok dari segi reka bentuk smartphone gaming dari Lenovo ni dulu. Lenovo pilih untuk menggunakan reka bentuk yang menampakkan smartphone ni adalah memang smartphone gaming sepenuhnya. Berbeza dengan model ROG Phone 3 yang nampak lebih minimal. Legion Phone Duel ni memang nampak agresif dengan bahagian belakang menggunakan reka bentuk sharp angle yang datang dengan tema warna merah hitam. Smartphone yang kami terima ni Lenovo siap laser engrave nama kami di bahagian tepi smartphone ni.
Keseluruhan smartphone ni mereka menggunakan finishing yang sangat glossy, memang lawa tapi seperti biasa ia akan meninggalkan kesan cap jari. Legion Phone Duel ni juga ada RGB di logo Y dan logo Legion di bahagian atas tu. Kalau anda perhatikan betul-betul, ia ada macam effect hologram dengan corak garis halus yang bagi kami ia sangat menakjubkan sebab banyak detail yang Lenovo letak di bahagian belakang smartphone ni.
DISPLAY
Untuk display pula Lenovo menggunakan AMOLED 6.65 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixels dan refresh rate setinggi 144Hz. Untuk kegunaan gaming dan media, memang sangat puas hati dan sangat lawa. Apa yang kami suka dengan smartphone ni adalah kita diberi pilihan untuk refresh rate yang sesuai dengan penggunaan kita. Jadi anda boleh pilih antara 60Hz, 90Hz, 120Hz dan 144Hz. Bagi kami secara peribadi 90Hz tu dah cukup, bateri pun tak cepat habis dan dalam masa yang sama tetap nampak smooth. Untuk touch response pun cepat tanpa sebarang delay, sebab display yang diberikan pun dah 144Hz semestinya touch response pun mantap.
Kalau anda perasan di skrin smartphone ni tiada kamera depan. Ini kerana kamera depan smartphone ni ada di bahagian tepi berdekatan butang power. Jadi bila anda buka kamera depan, bahagian tepi smartphone ni akan pop out terkeluar untuk tunjuk kamera 20MP wide angle yang mampu rekod video 4K@30fps. Kamera depan ni biasa-biasa sahaja sama dengan kamera utama yang menggunakan 2 setup kamera ultra wide 64MP dan ultra wide 16MP yang juga boleh rekod video 4K@30fps. Jadi kenapa Lenovo guna kamera depan jenis macam ni? Bila kita main game atau buka game dan buka kamera depan dari atas, ia akan keluar sekali dengan menu yang mana di sini ada pelbagai setting dan pilihan. Malah suhu dan kelajuan smartphone ni pun ada ditunjukkan sekali. Juga ia ada pilihan Back Recording, Controller, Screenshot dan banyak lagi.
Cuma apa yang menariknya di sini adalah pilihan mod stream. Bila anda tekan mod stream ni, kamera depan tu akan keluar secara automatik. Ia akan jadi seolah-olah anda tengah streaming tanpa perlu kamera tambahan atau PC, anda boleh stream terus dari smartphone ni. Bagi kami ciri ni sangat bagus untuk mereka yang nak stream menggunakan smartphone sahaja tanpa perlu bantuan dari peralatan lain seperti PC dan lain-lain. Cuma pengalaman kami mencuba mod stream ni ia tak praktikal sangat. Contoh bila kami main game sambil streaming guna smartphone ni, muka kami nampak separuh sahaja sebab semasa main game smartphone sentiasa digerakkan, serta kamera pun akan turut bergerak sekali.
AUDIO
Untuk audio pula, smartphone ni memang terbaik walaupun kami pakai wireless earbuds. Ini adalah satu benda yang sangat bagus. Walaupun kamera smartphone ni tak menarik sangat, tapi untuk dijadikan sebagai face cam dah lebih dari okay cuma bagi kami tetap tak praktikal sangat untuk stream menggunakan kamera depan smartphone ni. Sebenarnya kami tak kisah sangat dengan kamera smartphone ni sebab kalau kami nak beli smartphone ni kami beli disebabkan prestasi samrtphone ni.
PRESTASI
Jadi macam mana dengan prestasi smartphone gaming ni? Untuk prestasi Lenovo Legion Phone Duel ni seperti yang kami jangkakan memang padu. Walaupun kami main game dengan maksimum setting pun smartphone ni mampu menjalankan kerjanya dengan sangat bagus. Dalam smartphone ni ada chipset Snapdragon 865+ dengan Adreno 650. Manakala untuk RAM pula ia menggunakan 12GB RAM dan 256GB internal storage yang malangnya tak support expandable storage. Jadi sepanjang kami guna smartphone ni untuk gaming memang kami puas hati di tambah dengan display refresh rate yang tinggi dan touch controller di bahagian tepi smartphone ni. Satu lagi speaker yang yang ada pada smartphone ni memang padu habis. Kami rasa ini pertama kali kami betul-betul kagum dengan speaker yang ada di smartphone.
Pengalaman kami bermain game guna smartphone ni memang best sangat. Smartphone ni ada touch strigger yang mana anda boleh customize untuk letak di mana bergantung game apa yang anda tengah main. Cuma apa yang kami perasan touch controller smartphone ni perlu ditekan dengan kuat sikit dan sedikit jauh untuk ditekan. Jadi untuk pengguna yang bertangan kecil mungkin akan rasa kurang selesa sedikit. Kami dah test untuk kebanyakan game dengan maksimum setting, dan semuanya tiada masalah dan sangat smooth. Tapi selepas main game, smartphone ni memang rasa panas sangat walaupun suhu yang ditunjukkan sekitar 40°C. Kalau kita pegang untuk jangka masa yang lama memang akan rasa tak selesa dan tangan pun turut berpeluh.
BATERI
Untuk bateri pula smartphone ni menggunakan bateri yang berkapasiti 5,000mAh yang mana ia ada dual bateri, satu di belah kanan dan satu di belah kiri. Sebab tu kalau anda cek smartphone ni ada 2 port Type C untuk anda cas smartphone ni dengan lebih cepat lebih kurang 30 minit sahaja untuk bateri smartphone ni penuh.
KESIMPULAN
Secara umum smartphone ni boleh dikatakan sebagai smartphone gaming yang memang sesuai untuk game. Tapi berbaloi ke untuk beli smartphone ni? Smartphone ni memang sangat padu dan sangat sesuai untuk gaming. Cuma kami rasa marketnya agak kecil sebab selling point smartphone ni adalah kamera depan yang keluar dari tepi untuk streaming yang mana bagi kami ianya tak praktikal tapi agak menarik juga dan sesuai untuk pengguna yang nak ciri macam ni. Untuk prestasi yang padu, dual bateri, pop out kamera ni semua bukan dapat secara percuma tapi datang sekali dengan harga RM3399. Anda juga kena ambil maklum yang smartphone ni berat, kalau nak letak dalam poket tu memang rasa macam bawa batu. Kalau smartphone ni lebih ringan memang terbaik. Dengan harga RM3399 kami masih belum begitu yakin untuk beli smartphone ni. Mungkin juga kami tak perlukan smartphone gaming yang ada kamera untuk streaming. Kalau anda nak beli smartphone ni semata-mata untuk streaming memang tak berbaloi. Tapi kalau untuk main game memang smartphone ni terbaik !
Add comment