Amazfit ada keluarkan 3 smartwatch terbaru mereka iaitu GTE Series, GTS 2e dan GTR 2e. Jadi untuk kali ini mereka hantar model Amazfit GTS 2e untuk kami review sebabnya sebelum ni kami pernah review model GTS dan GTS 2. Jadi dalam artikel kali ini selain kami bagi review untuk model terbaru ni, kami juga akan membuat sedikit perbandingan antara model ni dengan model GTS 2. Untuk GTS 2e atau GTR 2e, e di sini bermaksud ekonomi yang mana sangat sesuai lebih-lebih lagi untuk masa sekarang. Tak semua orang mampu atau sanggup bayar harga yang tinggi semata-mata untuk seutas smartwatch. Jadi Amazfit cuba buang ciri-ciri extra yang boleh dibuang dan rendahkan harga smartwatch ni. Bagi kami ini adalah satu tindakan yang bagus dan bijak kerana smartwatch merupakan salah satu wearable yang penting untuk kegunaan harian dan semua orang patut ada.

PACKAGING 

Dari segi packaging sama sahaja dengan model GTS dan model GTS 2 sebelum ni. Bersama smartwatch ni, dalam kotak ada manual book dan charger jenis 2 pin sama seperti GTS 2.

GTS 2 VS GTS 2e

Dari segi saiz, jenis tali jam dan crown protector untuk model GTS dan GTS 2e ni sama sahaja. Dari segi ton warna ada sedikit berbeza yang mana untuk GTS 2 ia lebih gelap manakala untuk GTS 2e ia lebih greyish sedikit. Dan kalau diperhatikan betul-betul model GTS 2e ni tebal sedikit berbanding GTS 2. Di bahagian tepi GTS 2 ada port untuk speaker manakala untuk GTS 2e tiada port speaker. Di bahagian belakang GTS 2 sangat glossy manakala untuk GTS 2e ni bukan jenis glossy, ia menggunakan material polycarbonate sama seperti GTS yang asal dan terdapat semua sensor di bahagian belakang. Tali jam kedua-dua model ni sangat compatible dan mudah untuk ditukar. Untuk bahagian gelas pula GTS 2 menggunakan 3D curve, manakala yang GTS 2e 2.5 curve sahaja.

FUNGSI 

Dari segi fungsi pula, semua fungsi yang ada di GTS 2 ada di model GTS 2e ni. Antara feature yang ada adalah Always On Display, Blood Oxygen Level, Sleep Tracking dan kebanyakan fungsi yang lain. Di atas tadi kami ada nyatakan yang model GTS 2e ni tiada speaker jadi anda dah tak boleh nak simpan lagu dalam smartwatch ni. Jadi dalam masa yang sama feature untuk music player bagi smartwatch ni juga akan jadi limited sebab anda tak boleh nak play lagu secara direct di smartwatch ni. Music player tu masih ada tapi anda hanya boleh play dan kawal lagu di smatphone anda melalui Bluetooth.

Dan untuk notifikasi juga model GTS 2e ni dah takda bunyi atau tone, anda cuma akan dapat rasa getaran sahaja untuk notifikasi. Untuk model ni juga anda dah tak boleh nak jawab panggilan. Disebabkan ada sesetengah feature yang sudah dibuang dari model terbaru ni jadi battery life model ni lebih tahan lama. Untuk model GTS 2 mereka claim battery life mampu bertahan sehingga 7 hari manakala untuk model GTS 2e mampu bertahan sehingga 14 hari. Bagi kami ini sangat bagus sebab kita tak perlu cas smartwatch ni kerap sangat. Walaupun ada beberapa feature yang dibuang, terdapat 1 feature baru yang ditambah iaitu thermometer. Feature ini sangat sesuai untuk musim Covid-19 sekarang, tapi dari apa yang kami test ada sedikit perbezaan untuk bacaan suhu yang kami buat.

KESIMPULAN

Jadi model GTS 2e ni sesuai untuk siapa sebenarnya? GTS 2e ni sesuai untuk pengguna yang nak smartwatch seperti GTS 2 tanpa perlukan feature extra yang lain. Tanpa feature tersebut battery life smartwatch ni tahan lebih lama sama seperti model GTS yang asal iaitu selama 14 hari. Kalau anda nak anggap GTS 2e ni sebagai GTS 1.5 pun boleh juga sebab ia atas sikit dari GTS yang asal tapi tak setanding GTS 2. Dari segi harga pun semestinya model ni lebih murah dari GTS 2 dengan harga yang ditawarkan adalah RM509. Kalau anda pengguna asal GTS dan nak upgrade ke GTS 2 tapi rasa tak berbaloi sebab ada feature yang anda rasa tak nak guna, jadi model GTS 2e ni memang sangat sesuai untuk anda. Tapi kalau anda tetap nak feature yang boleh play lagu dan jawab panggilan, anda memang kena dapatkan model GTS 2.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *