Untuk artikel kali ini kami akan review berkenaan monitor gaming iaitu model G2411FN dari Commandos. Mungkin ada di anatara anda yang tak pernah dengar jenama ni. Jenama ni sebenarnya berasal dari Malaysia yang mana sebelum ni ada keluarkan laptop gaming yang menggunakan processor PC, padu habis ! Kali ini mereka kembangkan produk mereka dengan keluarkan monitor gaming ni. Adakah ini monitor gaming yang para gamers di luar sana cari? Jom cek !

SPESIFIKASI 

Spesifikasi monitor gaming Commandos G2411FN ni sangat simple yang mana ia bersaiz 24 inci, kaca yang digunakan adalah jenis matte, panel jenis Super TN, refresh rate 165Hz, ada adapative sync dan built-in speaker.

REKA BENTUK 

Untuk design Commandos G2411FN ni pula bagi kami sangat suka sebab ianya sangat simple, sangat clean, tak over sangat macam nak bagitahu 1 dunia yang ini adalah monitor untuk gaming yang wajib ada RGB. Model ni bukan jenis yang macam tu, ianya cukup sekadar plain black. Stand monitor ni diperbuat daripada besi dan kami boleh jamin kepada anda yang ianya sangat kukuh. Dan yang paling bestnya lagi kita boleh guna stand ni untuk dijadikan sebagai cable road untuk kita buat cable management atas meja kita. Monitor ni jenis bezel-less, kaca jenis matte seperti yang kami maklumkan di atas tadi serta panel jenis Super TN. Secara jujurnya ini adalah kali pertama kami dengar perkataan Super TN ni. Biasanya yang digunakan adalah TN Panel, VA Panel dan IPS Panel.

PENGALAMAN KAMI

Kami nak kongsikan sikit pengalaman kami guna monitor gaming model Commandos G2411FN ni. Mula-mula masa monitor gaming ni sampai, kami pasang dan kami guna monitor ni untuk main game Fortnite, CSGO tanpa membaca sebarang maklumat lanjut pasal monitor gaming ni. Masa tu kami pikir monitor ni menggunakan IPS Panel sebab warna yang kami nampak tu sangat cantik. Cuma ada perkara yang membuatkan kami sedikit hairan iaitu apabila berdiri dan cuba pandang monitor gaming ni dari atas dan dari tepi warnanya akan jadi sangat berbeza seolah-olah ini adalah TN Panel. Tapi selepas kami guna dalam 1-2 minggu macam tu dan kami baca maklumat pasal monitor gaming ni  rupa-rupanya ia menggunakan Super TN Panel. Super TN Panel ni merupakan TN Panel yang sudah diupgrade dari segi kualiti warna menghampiri IPS Panel. Bagi kami itu yang menjadikan monitor gaming ni lebih menarik. Cuma yang menyedihkan sedikit adalah dalam banyak-banyak color profile yang diberikan kami hanya akan guna 1 sahaja iaitu color profile movie, kalau tak memang kami akan custom sendiri.

NAVIGASI

Untuk sistem navigasi monitor gaming ni pula memang user friendly, senang untuk digunakan, ada 5 butang di bahagian bawah dan fungsinya straightforward sahaja. Mungkin yang berbaloi untuk kami kongsikan dengan anda adalah seperti biasa Picture Mode, Response Time, FreeSync, HDR dan juga MPRT. Untuk sambungan input output, monitor gaming ni ada 6 iaitu port power jack, port Usb Type A, 2 port Hdmi, port Display Port dan port audio jack. Kedudukan IO monitor gaming ni memang senang untuk dicapai. Atas IO port ada rongga untuk udara keluar masuk bagi menyejukkan bahagian yang panas dalam monitor ni apabila kita guna monitor ni dalam satu jangka masa yang lama. Dan extra point untuk monitor gaming ni adalah ia datang dengan built-in speaker dan port untuk VESA mount.

FLEKSIBILITI 

Dari segi fleksibiliti pula, mula-mula kami guna monitor gaming ni kami ingat ianya dah fix, dah tak boleh nak dongakkan atau tundukkan, atau ubah angle sebabnya ia sangat ketat. Tapi selepas kami baca maklumat pasal monitor gaming ni rupanya monitor ni boleh diubah sudut dongakkannya mengikut keselesaan pengguna.

PRESTASI

Dari segi prestasi pula, monitor gaming ni jenis adaptive sync dan refresh rate 165Hz. Sepanjang kami guna monitor gaming yang berharga bawah RM1000, apa yang kami boleh jamin adalah model Commandos G2411FN ni adalah monitor yang paling rendah ghosting yang kami pernah guna. Dengan harganya bawah Rm500 iaitu RM499, Commandos G2411FN ni adalah monitor gaming yang terbaik yang kami pernah cuba secara real dalam masa 2 minggu macam tu.

KESIMPULAN

Jadi kami sangat recommend untuk anda beli monitor gaming model Commandos G2411FN ni. Harganya hanya RM499 sahaja dan ia datang dengan waranti selama 3 tahun.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.