Untuk artikel kali ini kami akan review 1 model capture card dari jenama yang boleh dikatakan femes dalam dunia streaming iaitu Elgato HD60S+. Elgato adalah jenama yang keluarkan produk khas untuk streaming contohnya seperti capture card, lampu, mikrofon dan lain-lain hardware yang fokus kepada streaming. Cuma produk-produk dari Elgato ni boleh dikatakan level bangsawan sebab harga yang ditawarkan agak mahal. Tapi kualiti yang diberikan memang bagus dan hasil yang dihasilkan contohnya dari capture card dan mikrofon memang sesuai dengan harga yang ditawarkan.

REKA BENTUK

Untuk design capture card ni walaupun ia tak penting sangat, ia menggunakan material plastik sepenuhnya jenis finishing bukan glossy dengan 1 LED strip di bahagian tengah untuk menentukan sama ada capture card ni connect atau tak dengan PC anda. Kalau dibandingkan dengan model Elgato HD60S, form factor kedua-dua model ni sama sahaja.

SAMBUNGAN

Dari segi sambungan pula capture card ni ada 1 port Hdmi In, 1 Usb Type-C untuk pemindahan data, 1 port 3.5mm Analog Output dan 1 port Hdmi Out.

FUNGSI

Untuk anda yang tak tahu atau kurang pasti apa tugas capture card ni, secara umumnya capture card ni macam monitor yang mana capture card ni boleh menerima signal hdmi cuma bezanya ia boleh hantar signal tu kepada PC untuk kita rekod dan sebaiknya kita guna PC atau laptop yang kedua. Sesetengah capture card ada pass through seperti model yang kami review ni dan ada sesetengah yang tiada bergantung pada penggunaan anda.

MODEL HD60 VS HD60S+

Jadi apa beza antara model ni dengan model capture card yang lain? Pertama sekali untuk HD60S+ ni ia mampu rekod resolusi 4k cuma 30fps sahaja walaupun input asalnya 60fps. Ia juga boleh rekod input 4k HDR yang akan di down-skill jadi 10 ADP HDR. Untuk streaming memang sangat cun sebab buat masa sekarang stream cuma mampu capai sehingga 10 ADP sahaja.

CARA SETUP

Untuk pengetahuan anda cara setup HD60S+ ni lain sikit. Anda masih boleh setup dengan cara biasa iaitu dengan plug capture card ni PC Gaming dan rekod atau stream guna PC lain melalui sambungan kabel. Satu lagi cara anda boleh hantar signal dari PC Gaming ke PC Streaming menggunakan sambungan internet yang memerlukan  plug in NDI, itupun jika anda menggunakan OBS. Ia agak complicated untuk diterangkan tapi secara keseluruhannya HD60S+ ni lebih kepada pengguna yang tahu apa yang mereka buat dan ada pengalaman sedikit dalam bidang streaming. Untuk pengguna yang baru nak mula streaming, secara jujurnya kami tak recommend sangat anda guna capture card model ni.

KUALITI VIDEO

Dari segi kualiti video pula, bagi kami memang lawa dan sharp kalau anda guna recording setting yang betul. Selepas anda dah setup OBS anda, memang kualitinya sangat clean cuma warnanya agak wash-out dan flat sikit. Apa yang anda boleh buat adalah edit semula atau di OBS tu anda letak filter color correction dan adjust color di bahagian tu. Bagi kami dari segi warna tu bukan masalah yang besar sangat sebab di OBS kita boleh ubah warna dan kontra.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, berbaloi ke anda beli capture card Elgato HD60S+ ni? Bagi kami kalau anda beli model HD60 atau HD60S tu pun dah lebih dari cukup sebenarnya untuk streaming. Model HD60S+ ni berada di antara 10 ADP dengan 4k recording. Di tambah pula dengan harganya antara RM900 sehingga RM1000 memang kami tak recommend anda beli model ni melainkan anda memang guna monitor 4k dan serius dengan streaming mungkin anda boleh cuba model capture card ni. Tapi untuk anda yang baru nak mula streaming lebih baik anda ambil model HD60 atau HD60S yang second hand, itu lebih berbaloi. Walaupun ramai streamer yang guna model HD60S+ ni, semestinya mereka dah tahu apa yang mereka buat serta apa yang mereka nak dari capture card ni. Walaupun kualiti yang dihasilkan oleh HD60S+ ni lawa tapi bagi pendapat kami untuk 10 ADP stream dan 10 ATP recording capture card ni agak overkill. Mungkin pendapat anda atau streamer di luar sana berbeza dengan kami.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.