Antara soalan yang banyak kami terima, graphic card apa yang terbaik untuk bajet bawah RM1000? Jadi untuk menjawab soalan kepada pertanyaan tersebut kami akan senaraikan 5 graphic card yang bagi kami bagus dan berbaloi untuk anda beli pada harga bawah RM1000. Dalam senarai ini tidak terhad kepada kondisi yang baru sahaja malah yang second hand dan yang refurbished juga termasuk sekali. Yang penting model ini berbaloi dan performance juga mantap. Untuk senarai kali ini kami akan mulakan dari model yang mahal sehingga ke yang murah. Jom !

1) GTX1660 SUPER 

Untuk graphic card model yang pertama ni sebenarnya bukan untuk bajet bawah RM1000 tapi ia berbaloi jika anda boleh tambah sedikit bajet anda untuk miliki graphic card model ni sebab harganya sekitar RM1060 sahaja. Performance graphic card ni memang mantap. Untuk model ni kami sudah pernah review dari 3 jenama yang berbeza iaitu dari MSI, Zotac dan yang terkini dari Colorful iGame. Ada yang tanya kenapa meskipun chipset graphic card sama tapi harga berbeza untuk setiap jenama? Okay sebenarnya macam ni, untuk chipset tu memang dari pengeluar yang sama iaitu Nvidia. Bila jenama-jenama ni beli chipset tu masing-masing akan membuat kajian bagaimana untuk keluarkan performance yang paling mantap untuk chipset tadi. Jadi ada model graphic card yang datang dengan 3 fans, ada yang menggunakan heatsink yang besar jadi kos untuk tambah alat-alat tadi menyebabkan terdapat perbezaan harga bagi setiap jenama.

Berbalik kepada Graphic Card GTX1660 Super ni, di sini kami sertakan sekali graf performance yang telah kami test untuk MSI, Zotac dan iGame. Berdasarkan graf di atas, jika anda nak main game ultra atau highest setting dengan resolusi Full HD, GTX1660 Super ni mampu carry game dengan sangat bagus. Dan kalau kita guna monitor dengan refresh rate 144Hz, kita akan dapat rasa feeling sebenar monitor yang refresh rate 144Hz tu. Dari segi smooth tu bukan hanya dapat dirasai di desktop tapi juga dapat dirasai semasa anda bermain game.

2) GTX1650 SUPER

Jika tadi GTX1660 Super, kali ini pula di tangga kedua adalah Graphic Card GTX1650 Super yang boleh dimiliki pada harga sekitar RM750. Model GTX1660 Super ni kami belum pernah review tapi ia sebenarnya graphic card yang di upgrade dari GTX1650. Performance model ni hampir sama dengan perfomance GTX1660 tapi kita tak boleh terus buat konklusi yang GTX1650 lebih power dari GTX1660.

Berdasarkan review yang kami jumpa dari Technical City, graf di atas adalah apa yang kita akan dapat jika menggunakan Graphic Card GTX1650 Super dengan high setting dan resolusi Full HD. Kenapa kami kata graphic card ni berbaloi untuk anda beli? Sebab harganya. Performance model ni kurang sedikit sahaja dari GTX1660. Perbezaan harga antara GTX1650 Super dan GTX1660 lebih kurang RM300, jadi lebih berbaloi jika anda beli GTX1650 Super yang lebih murah dengan performance lebih kurang sama sahaja antara 2 model tersebut.

3) RADEON RX580

Untuk model graphic card ketiga ni juga kami tak sempat nak review sebab semasa ia dilancarkan model graphic card ni tersangat la laku. Model graphic card ni dilancarkan pada Tahun 2018 yang mana rata-rata yang beli model ni untuk kegunaan Bitcoin, untuk mining. Tapi bila Bitcoin jatuh ramai yang jual semula graphic card ni sebagai second hand dan sebenarnya performance gaming untuk model ni tersangat la mantap sehingga ke sekarang model graphic card ni masih dijual untuk kondisi yang baru. Maknanya performance model graphic card ni masih valid untuk Tahun 2020.

Berdasarkan rujukan yang buat review pasal graphic card ni antaranya dari Eurogamer, graf di atas yang anda akan dapat jika menggunakan Radeon RX580 untuk main game. Ramai juga yang kongsikan game play mereka menggunakan graphic card ni di YouTube, fps yang mereka dapat tu boleh tahan mantap. Untuk Graphic Card Radeon RX580 ni anda boleh dapat sekitar harga ±RM800 di pasaran sekarang.

4) GTX1050Ti

Untuk 3 model graphic card di atas tadi adalah yang baru, tapi untuk model keempat ni kami recommend anda untuk beli yang used, refurbished atau dipanggil juga yang second hand. Model ni sebenarnya masih boleh dibeli untuk kondisi yang baru dalam pasaran sekarang tapi harganya tu adalah lebih baik jika anda tambah sikit anda dah boleh angkat GTX1650 atau GTX1650 Super. GTX1050Ti ni semasa ia dikeluarkan dulu ia dikatakan sebagai pengganti kepada GTX750Ti. Performance model ni memang mantap cuma disebabkan ada graphic card baru yang dikeluarkan iaitu GTX1650 jadi model ni dah jadi macam tak valid sangat di pasaran. GTX1050Ti ni kalau anda beli yang second hand harga sekitar ±RM550 dan perfomance masih lagi okay. Kami pernah tengok ada yang main game Cyberpunk menggunakan Graphic Card GTX1050Ti dengan resolusi Full HD tapi anda kena set graphic ke very low setting dan akan dapat dalam 30 fps macam tu. Dengan harga RM500 memang sesuai untuk rakyat marhaen, jadi kami sangat recommend anda untuk beli model Graphic Card GTX1050Ti ni.

5) GTX750Ti

Graphic card yang terakhir ni bukanlah graphic card untuk main game yang mempunyai graphic yang tinggi. Malah di YouTube sekalipun tiada yang recommend guna graphic card ni untuk main Cyberpunk meskipun untuk very low setting. Walaupun anda rendahkan resolusi ke 720p pun tetap tak boleh nak main game tersebut. Harga semasa ia dilancarkan sekitar RM700, tapi kalau anda cari yang second hand anda boleh dapat harga sekitar RM250-RM300. Dengan harga ±RM250 kemudian anda cari processor, ram dan casing yang juga second hand anda boleh dapat 1 PC berharga RM1200 untuk main Dota 2 mid atau ultra setting, CSGO normal setting, Apex Legends, Pubg dan lain-lain. Cuma untuk Triple A Games yang sekarang ni kami tak recommend anda untuk guna GTX750Ti ni.

KESIMPULAN

Jadi itulah 5 model graphic card yang kami recommend untuk anda beli untuk Tahun 2020 ni. Ada model yang memang mantap habis, tapi ada yang disebabkan harga yang sangat berbaloi untuk dibeli pada Tahun 2020. Walaubagaimanapun, anda kena ingat bila anda nak beli graphic card atau nak buat PC anda kena tahu untuk tujuan dan kegunaan yang macam mana.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *