SUPERIOR EXPANSION – Sesuai untuk motherboard bersaiz sehingga E-ATX, menyokong radiator bersaiz 420mm dan 10 ruang untuk SSD bersaiz 2.5”.

Taipei, Taiwan, Disember 28, 2020 – GIGABYTE, pengeluar hardware gaming terkemuka di dunia telah mengumumkan gaming case full-tower terbaru mereka hari ini iaitu – AORUS C700 GLASS yang mana ia merupakan casing pertama yang direka dengan imej falkon Aorus. Casing ini datang dengan expansion yang power dan sistem cooling yang terbaik, AORUS C700 GLASS mampu menyokong motherboard bersaiz sehingga E-ATX, cooling system jenis liquid 420mm, 10 ruang untuk SSD bersaiz 2.5” dan sejumlah 8 kipas bersaiz 120mm untuk membolehkan keseluruhan case mencapai performance dan mengatasi masalah thermal dengan baik. Tempered glass yang digunakan di kedua-dua sisi casing AORUS C700 GLASS ini berwarna hitam jenis lut cahaya, design AORUS yang terdapat di sebelah kiri boleh diselaraskan dengan pencahayaan RGB. Para gamers boleh memuat turun software RGB FUSION 2.0 untuk custom pelbagai efek dan warna pencahayaan RGB untuk dipamerkan pada gaming case ini dan menjadikan ia seperti seni yang mengagumkan.

Superior Expansion x Superior Cooling

AORUS C700 GLASS ini dibina dengan performance dan expansion yang terbaik, yang mana ia mampu memuatkan maksimum motherboard bersaiz E-ATX, CPU cooler setinggi 198mm, graphics card dengan panjang 490mm dan PSU bersaiz 200mm. Casing ini juga boleh memuatkan sehingga 3 kipas bersaiz 140mm atau 120mm di bahagian atas dan depan panel, manakala 1 unit kipas bersaiz 140mm atau 2 kipas bersaiz 120mm di bahagian belakang. Tambahan pula AORUS C700 GLASS ini sudah siap datang dengan 3 PWM kipas bersaiz 120mm di bahagian depan serta 2 kipas ARGB bersaiz 120mm di bahagian belakang. AORUS juga telah memasukkan airflow yang mantap pada casing ini tanpa pengguna perlu menggunakan kipas tambahan. Bagi bahgaian liquid cooling system, casing ini boleh memuatkan radiator maksimum yang bersaiz 420mm untuk bahagian atas, maksimum 360mm untuk bahagian depan dan maksimum 140mm untuk bahagian belakang. Untuk hard disk pula, casing ini menyokong sehingga 6 set SSD bersaiz 2.5″ dan 4 set HDD bersaiz 3.5″. Selain itu ruang HDD bersaiz 3.5” tadi juga boleh digunakan untuk letak SSD bersaiz 2.5”. Secara keseluruhan casing ini mampu memuatkan 10 SSD 2.5” SSD, yang mana ia sangat sesuai untuk pengguna yang memerlukan ruang penyimpanan yang besar. Lebih-lebih lagi design yang digunakan untuk bahagian ini lebih kemas dan memudahkan pengguna.

Pemasangan Secara Menegak Dan Melintang

Untuk pemasangan GPU, pengguna boleh memilih kedudukan yang mereka mahu bagi menampakkan rupa graphic card yang lebih menawan. Luaran graphic card, ditambah efek pencahayaan RGB menambahkan lagi seri pada casing ini.

Mudah Untuk Dipasang & Diguna

Pengguna boleh mencabut panel pada case ini tanpa perlu menggunakan sebarang alatan, jadi ia sangat mudah untuk pengguna menambah komponen lain mahupun untuk proses pembersihan. Untuk pemasangan PSU, pengguna boleh juga menggunakan PSU bersama dengan mounting plate sebelum ia dimasukkan ke dalam casing ini dari bahagian belakang, dengan cara ini ianya lebih mudah untuk dipasang dan lebih mudah untuk upgrade komponen lain nanti. Selain itu AORUS C700 GLASS menggunakan hub kawalan ARGB and PWM yang menyediakan 3 penyambung 5v 3pin ARGB dan 5 penyambung PWM yang membolehkan pengguna menyambung strip RGB tambahan dan menambah lebih banyak kipas.

I/O Interface Lebih Luas. Lebih Perlindungan. 

Casing ini dilengkapi dengan 4 USB3.0, 1  port USB 3.1 Gen2 Type-C 20 GB/s, 1 port HDMI, audio port, butang RGB dan butang untuk mengawal kelajuan kipas. AORUS menyediakan design interface yang lebih canggih bagi memenuhi keperluan pada gamers yang memerlukan lebihan sambungan untuk peralatan lain.

Kuasa Tersembunyi, Kecantikan Terserlah

Nikmati rupa casing yang lebih clean dengan segala PSU dan kabel power tersembunyi di bahagian dalam serta pemisahan haba PSU dari sistem dalaman yang lain. Dengan design window di bahagian kiri, pengguna boleh menunjuk rupa sebenar PSU mereka yang menawan. Tambahan pula di bahagian kiri dan kanan terdapat ruang untuk pengurusan kabel yang sesuai untuk semua jenis kabel tanpa mengira ketebalan, untuk memudahkan para gamers mengurus casing ini dengan lebih mudah dan perfect.

Untuk maklumat lanjut berkenaan gaming case AORUS C700 GLASS ni, anda boleh melayari link yang disediakan di bawah :
https://www.gigabyte.com/Chassis/GB-AC700G#kf

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *