Soalan yang selalu kami terima adalah laptop gaming apa yang terbaik, yang berbaloi untuk dibeli bagi Tahun 2020 ni? Jadi kali ini kami akan kongsikan dengan anda 5 laptop gaming terbaik. 5 model tau, bukan 1 model bukan 3 model tapi 5 model. Anda boleh pilih mengikut bajet dan kesesuaian anda. Tapi inilah adalah mengikut pendapat Abe Cerah yang mana pilihan laptop ini dari Tahun 2019 sehingga Tahun 2020. Jom !

  1. ASUS TUF A15

Kalau anda pernah survey anda mesti tahu yang laptop Asus Tuf A15 ni ada banyak model kan? Jadi model mana yang Abe Cerah maksudkan tu? Bagi Abe Cerah hampir kesemua laptop Asus Tuf A15 ni adalah yang terbaik untuk gaming. Abe Cerah sendiri menggunakan laptop dari Asus Tuf A15 ni. Asus Tuf A15 ni dilancarkan pada awal tahun ini. Sebaik sahaja ia dilancarkan banyak soalan bertalu-talu ditanyakan kepada Abe Cerah. Antara soalan HOT bila stok Asus Tuf A15 ni nak masuk Malaysia? Kenapa ramai yang tak sabar nak miliki laptop ni? Sebabnya Asus Tuf A15 ni datang dengan 2 pembaharuan iaitu Asus bagi nafas baru dari segi design yang mana model sebelum ni diperbuat daripada plastik, dan model yang terkini lebih kepada metal. Konsep tentera (army) masih dikekalkan tapi lebih kepada tentera moden. Sebab yang kedua, Asus Tuf A15 antara laptop terawal yang mendapat processor AMD Ryzen 4000.

Walaupun begitu laptop ni tak terlepas daripada mendapat komen dari pengguna yang mengadu masalah antaranya dari segi skrin yang mana warnanya kurang cantik tapi bagi Abe Cerah ia bukanlah masalah yang besar. Yang kedua, ada yang cakap cooling system laptop ni fail, cepat panas. Bagi Abe Cerah yang dah biasa review laptop gaming dari pelbagai model, tahap kepanasan Asus Tuf A15 ni normal untuk sesebuah gaming laptop. Sebab panas tu bukan sampai performance drop atau sehingga tak boleh sentuh langsung keyboard.

2. HP PAVILION GAMING RYZEN 5 GTX1050

Abe Cerah pernah review laptop ni semasa PKP hari tu. Bagi Abe Cerah Laptop Hp Pavilion model yang sebelum ini antara laptop gaming yang overprice sama seperti Laptop HP Omen. Performance dan spesifikasi biasa-biasa sahaja tapi harga yang ditawarkan tak masuk akal. Lebih-lebih lagi waktu tu ada 2 model laptop HOT iaitu Asus Tuf A15 dan Acer Nitro 5. Tapi bila Hp keluarkan model Hp Pavilion ni dengan Processor Ryzen 5 dan Grafik Kad GTX 1050 dengan harga RM2699, model ni jauh lebih baik dari 2 model dari Asus dan Acer tadi. Kalau anda tambah RAM kepada 8GB, model laptop ni tetap yang terbaik sehingga sekarang untuk bajet bawah RM3000. Kalau anda masih terjumpa model laptop ni di pasaran dengan harga lebih kurang tu Abe Cerah highly recommend anda terus beli je sebab spesifikasi yang ditawarkan sangat mantap dengan harga tu.

3) ACER PREDATOR HELIOS

Ini antara laptop terkini yang Abe Cerah review. Spesifikasi model laptop ni terlampau mantap dan cooling system terlampau power serta harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Kalau anda nak tahu Acer keluarkan laptop ni untuk lawan model Asus Tuf. Setahun yang lepas Acer Predator Helios antara laptop gaming yang mempunyai spesifikasi termantap dengan Processor Intel I7 8th Gen dan Grafik Kad 1060 yang ketika itu berharga RM3999 sedangkan model laptop yang spesifikasi sama dari jenama lain bergarga RM4699. Jauh kan beza harga? Jadi untuk model Acer Predator Helios yang terbaru ni memang Abe Cerah recommend anda untuk beli dengan harganya, spesifikasinya dan cooling system yang mantap habis. Dalam banyak-banyak laptop gaming yang Abe Cerah review, cooling system laptop Acer Predator Helios ni adalah yang paling terbaik !

4) LENOVO L340 GAMING

Disebabkan persaingan antara Asus dan Acer terlalu sengit, Abe Cerah terlepas pandang dengan laptop gaming lain termasuk la laptop gaming dari Lenovo ni. Dan model Lenovo ni juga terlepas pandang disebabkan Abe Cerah dah set yang harga laptop Lenovo selalu tak masuk akal dengan performance yang biasa sahaja. Lenovo sebenarnya antara yang terawal keluarkan laptop gaming, contohnya Laptop Lenovo Y410P yang mana menggunakan 2 grafik kad. Tapi apabila Lenovo mula keluarkan Lenovo Legion, harganya dah jadi tak masuk akal menyebabkan ramai yang dah tak pandang laptop gaming jenama ini, sama seperti Hp Omen. Rupa-rupanya Lenovo ada bawa masuk 1 model laptop gaming untuk lawan Asus Tuf, Acer Nitro & Hp Pavilion iaitu Lenovo L340 Gaming. Bagi jenama Lenovo, laptop L Series atau Ideapad Series adalah laptop entry level. Jadi L340 ini sebenarnya menggunakan body laptop yang biasa tapi Lenovo sumbat spesifikasi gaming dalam model tu dan dijual pada harga RM2899. Processor yang digunakan Intel I5 dan Grafik Kad GTX 1050. Kurangnya model ni berbanding model-model di atas yang menyebabkan ia menduduki tangga keempat adalah kerana model ni masih menggunakan hardisk, bukan SSD. Kalau nak performance yang mantap bukan sahaja perlu upgrade ke 8GB RAM malah perlu tambah SSD.

5) MSI GF-SERIES

Seperti model Asus Tuf A15 tadi, untuk model kelima ni pun Abe Cerah tak spesifikkan model yang mana sebab kesemua MSI GF-Series ni Abe Cerah recommend untuk anda beli. Ini adalah laptop gaming paling nipis pada harga RM4000 ke bawah. Jika dibandingkan dengan Acer dan Asus, laptop gaming MSI ni sedikit mahal tapi bagi Abe Cerah harga yang MSI letak adalah harga yang paling tepat. Jika anda bandingkan 2 jenis laptop iaitu laptop biasa yang menggunakan Intel I7 biasa dengan laptop gaming yang menggunakan Intel I5 atau Ryzen 5 khas untuk gaming yang ditawarkan pada harga yang sama, ramai yang memilih untuk dapatkan model laptop gaming tu. Kebanyakan model laptop biasa yang menggunakan Intel I7 dah tak laku di pasaran sekarang. Jadi harga yang MSI tawarkan ini memang sepadan tambahan pula ianya nipis, cooling system okay dan skrin cantik.

Jadi itu adalah TOP 5 laptop gaming yang Abe Cerah dapat rumuskan sepanjang Tahun 2019 sehingga 2020. Ada beberapa laptop gaming yang Abe Cerah tak masukkan dalam list di atas seperti Laptop Asus Zephyrus. Model laptop ni nipis, cantik dan spesifikasi juga tinggi tapi ramai yang bagi feedback seperti berlaku masalah bottleneck dan cooling system. Ada juga laptop yang Abe Cerah tak masukkan dalam senarai di atas disebabkan overprice seperti Laptop Hp Omen, Acer Triton, Alienware dan Laptop Razer yang mana harga diletakkan adalah RM8000 walaupun hanya menawarkan grafik kad integrated sahaja. Jika anda nak Abe Cerah masukkan laptop keenam yang terbaik untuk gaming, bagi Abe Cerah adalah Laptop Dell G3. Harga yang ditawarkan berpatutan, spesifikasi mantap, design okay tapi kurangnya ia sedikit berat.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *