Mengikut report dari Counterpoint pada suku ke-3 tahun 2020, jualan smartphone realme sudah pun mencecah 50 Juta unit,sekaligus menjadikannya jenama terpantas untuk mendapat jumlah jualan setinggi ini berbanding dengan pesaing-pesaing lain.
Jenama realme mencapai 50 Juta unit jualan ini dalam hanya 9 suku atau 27 bulan sahaja berbanding Apple dengan 13 (39 bulan) suku dan Samsung 10 suku (30 bulan).
Untuk suku ketiga tahun 2020,realme juga telah memecah rekod jumlah penghantaran (shipment) yang paling tinggi dalam suku ini sebanyak 14.8 Juta unit dan menjadikannya jenama telefon pintar yang paling cepat berkembang di dunia mengalahkan jenama besar yang lain.
Jika dibandingkan jumlah jualan realme suku ketiga tahun ini dengan tahun lepas, berlaku peningkatan sebanyak 32% (132% QoQ) walaupun keadaan dunia sedang dilanda pendemik.
Dalam masa dua tahun sahaja,realme berjaya melebarkan sayapnya ke 61 pasaran antarabangsa dan sudahpun memasuki tangga ke-5 teratas,sebaris dengan jenama besar yang lain.
Salah satu cara realme kekalkan momentum jualan mereka adalah dengan memperkasakan lagi Online Platform dan menjaga after-sales-service dengan baik, bagi memudahkan pelanggan membeli dan menjaga kepuasan pelanggan.
Dalam keadaan dunia dilanda dengan pandemik,realme tetap mengambil risiko dengan melancarkan beberapa model baharu seiring dengan kehendak pengguna.
Dalam masa sama,realme juga tidak ketinggalan dalam arena peranti Internet of Things (IoT) seperti realme Buds Air, realme realme Watch dan juga realme band.
Pastinya untuk tahun-tahun berikutnya, realme akan lebih garang dengan tagline ‘Dare to Leap’ menyaingi jenama besar yang lain.
Tahniah dengan kejayaan ini realme!
Add comment