Pada artikel kali ini kita akan mengulas tentang kamera untuk streamer on the go yang mana jenis tak suka nak setup lighting serta studio dan untuk streamer yang tak nak keluarkan bajet untuk beli DSLR yang mahal.
Adakah anda salah seorang streamer di atas?
Jika ya, anda wajib baca artikel ini !

Apa kelebihan Razer Kiyo Broadcastig Camera with Illumination ini?

1) Packaging

Seperti biasa, packaging barangan Razer tidak pernah mengecewakan. Packagingnya yang nampak esklusif dan premium sangat bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Di dalam kotak packaging terdapat buku manual yang didatangkan bersama-sama kamera Razer Kiyo.

2) Kualiti Video dan Imej

Razer Kiyo ini datang dengan kamera imej resolusi 4MP (MegaPixel) dan kebolehan merekod video dengan resolusi 1080p (pixel) 30FPS (Frame Per Second), 720p 60FPS, 480p 30FPS dan 360p 30FPS. Kualiti imej Razer Kiyo ini sangat jelas dengan resolusi setiap imej 2,688 x 1,520 pixels.

3) Auto Focus

Fungsi auto focus pada Razer Kiyo ini sangat hebat kerana ia mampu fokus sesuatu objek dengan sangat cepat serta hasilnya juga sangat jelas.

4) Mikrofon

Mikrofon untuk Razer Kiyo jenis tangkap muat yang mana semua bunyi / suara yang ada di sekelilingnya akan dirakam.

5) Ring Light

Yang membezakan Razer Kiyo ini dengan kamera yang lain adalah ring light. Razer Kiyo dikatakan broadcasting camera pertama yang mempunyai ring light. Terdapat 12 LED berwarna putih di sekeliling ring light dengan temperature 5,600K “daylight”. Temperature setinggi ini memang sangat membantu dalam menghasilkan warna yang sebenar, jadi imej yang dirakam tak kan nampak fake.

6) Plug and Play

Razer Kiyo ini direka khas untuk streamer jenis plug and play, jadi ia direka dalam bentuk L dan mempunyai sendi. Jadi anda boleh buka dan letak di atas monitor / laptop dengan senang. Anda juga boleh letak Razer Kiyo ini di atas tripod.

7) Cable

Cable Razer Kiyo ini jenis braided, tahan lasak, panjangnya 1.5 meter dan menggunakan sambungan jenis USB 2.0.

Bagaimana? Adakah kamera Razer Kiyo ini kena dengan jiwa anda?
Berdasarkan specs yang ditawarkan, dengan harga yang diberikan, ternyata Razer Kiyo ini sangat berbaloi untuk dimiliki.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.