Kali ini kita akan membicarakan tentang perbezaan di antara SSD biasa dengan M.2 SSD. Tapi sekejap ! SSD tu apa ye? Okay lah. SSD tu singkatan kepada Solid State Drive. Apa kegunaan SSD ni? SSD secara mudah dan ringkasnya adalah media untuk menyimpan data yang mana ia menggunakan IC (Itegrated Circuit) sebagai memori penyimpanan. SSD ni ada beberapa jenis dan antaranya yang akan kita bincang dan ulas dalam artikel kali ini.

Apakah Perbezaan antara SSD Biasa dengan M.2 SSD?

1) Saiz

Perbezaan yang pertama dan ketara yang mana mudah dilihat adalah dari segi saiz. Saiz M.2 SSD adalah jauh lebih kecil iaitu 1/3 daripada saiz SSD. Untuk lebih jelas anda boleh lihat di dalam video di bawah.

2) Connector

Dari segi connection, SSD menggunakan connection jenis SATA. Dan disebabkan connection ini juga la ia dipanggil SSD SATA. Manakala M.2 SSD menggunakan connection jenis PCIe.

3) Read and Write Speed

Read Speed merujuk kepada masa untuk memproses (load) sesuatu data manakala Write Speed bermaksud masa yang diambil untuk save sesuatu data. Read and Write Speed SSD biasanya sehingga 600 MegaBytes per second (MBps) manakala M.2 SSD boleh mencecah sehingga 3,500 MBps

4) Kelajuan

Kelajuan di sini dikira semasa anda memindahkan data (Read Speed). Untuk data yang besar seperti 10GB, SSD mengambil masa yang sedikit lama berbanding M.2 SSD iaitu perbezaan lebih kurang 10 saat. Selain itu kelajuan juga diukur semasa anda menginstall software (Write Speed) dan di sini anda dapat melihat perbezaan yang ketara yang mana M.2 SSD lebih laju berbanding SSD.

5) Harga

Dari segi harga sudah pasti anda dapat mengagak yang mana lagi murah dan yang mana mahal sikit. Untuk kapasiti yang sama, SSD ternyata lebih murah berbanding M.2 SSD. Tetapi perbezaan harga tidak terlalu ketara, sekitar RM50 sehingga RM80.

Jadi yang mana satu pilihan anda? Kalau anda seorang yang suka buat kerja laju, semua benda nak kena pantas, M.2 SSD tersangat sesuai dengan anda. Tapi jika anda seorang yang bijak mengawal bajet, SSD pun sudah cukup hebat dan terbaik. Ini kerana perbezaan speed antara 2 SSD ini tidak begitu ketara untuk penggunaan harian biasa.

TIPS : Untuk siapa-siapa yang nak cek speed SSD, anda boleh download software Crystal Disk Mark. Software ini PERCUMA !

 

[ABOUT MONALIZA]

FB Monaliza: https://goo.gl/GwThIb

IG Monaliza : https://www.instagram.com/monalizapc/

LAZADA Monaliza : https://www.lazada.com.my/shop/monali…

PGMall : https://pgmall.my/stores/monaliza-mas…

SHOPEE : https://goo.gl/s2Dqoe

WHATSAPP : https://www.wasap.my/60184024010

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.