Sebenarnya terdapat banyak benda yang anda boleh lakukan melalui aplikasi Facebook.
Antaranya anda boleh pindah segala maklumat (gambar, video, note, post) yang terdapat dalam Facebook anda tu ke aplikasi penyimpanan yang lain.
Caranya macam mana? Jom kami tunjukkan! 

Langkah 1 : Buka Aplikasi Facebook

FB1

Dan anda tekan icon profile yang ada tiga garis yang terletak di sebelah kanan di bahagian atas.

Langkah 2 : Tekan Settings & privacy

FB2

Langkah 3 : Tekan Settings

FB3

Langkah 4 : Tekan Transfer a copy of your information 

FB4

Yang ni anda kena scroll sedikit ke bawah dan anda akan jumpa ianya terletak di bawah kategori Your information

Langkah 5 : Pilih Destinasi Penyimpanan Anda

FB5

Anda boleh pilih jenis dan destinasi penyimpanan mengikut aplikasi apa yang anda ada. 
Contoh macam kami nak simpan gambar dan video di Google Photos jadi kami akan pilih yang atas sekali.

Langkah 6 : Sambung Aplikasi Penyimpanan Dengan Facebook

FB6

Apabila anda dah pilih salah satu aplikasi di Langkah 6 tadi, nanti ia akan keluar paparan seperti di atas.
Tekan Connect untuk meneruskan.

Langkah 7 : Pilih Akaun & Benarkan Access

FB7

Dengan cara anda tekan sahaja butang Continue selepas anda dah pilih akaun tadi.

FB8

Langkah 8 : Mulakan Pindahan Fail

FB9
Fail anda tidak akan dipindahkan selagi anda belum tekan butang Confirm transfer seperti dalam gambar di atas.

Jadi jangan lupa tekan butang tu dan tunggu sahaja proses pemindahan selesai.
Kalau nak batalkan boleh tak? Boleh!

Langkah 9 : Batalkan Pemindahan Fail

FB10

Untuk membatalkan anda  hanya perlu tekan butang Stop untuk gambar mahupun video. 
Kalau anda nak pindah ke aplikasi penyimpanan yang lain, anda boleh tekan aplikasi yang anda nak.

Senang kan?
Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja segala fail yang anda inginkan akan disimpan dengan selamat dan mudah.
Jadi jika perkongsian ini bermanfaat jangan lupa kongsikan pada kenalan anda. 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *