Kalau sebelum ini untuk menyimpan sesuatu fail atau data yang bersaiz besar, external hardisk menjadi pilihan utama.
Tapi kini pengguna mempunyai lebih pilihan dengan adanya storage jenis terbaru yang dikenali sebagai portable SSD.
Mungkin masih ada yang ragu-ragu untuk dapatkan storage terbaru ini, jadi jom cek 5 ciri istimewa yang ada pada portable SSD ni!
Saiz Yang Kecil, Nipis & Ringan
Ciri ini sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan pengguna di luar sana yang rata-rata malas nak bawa peralatan yang bersaiz besar dan berat dalam beg mereka.
Bukan sahaja untuk storage seperti ni malah untuk powerbank, payung, dompet dan lain-lain semuanya memilih untuk memilikinya dalam saiz yang lebih compact.
External hardisk sinonim dengan saiznya yang besar dan berat, jadi terasa sedikit beban apabila perlu membawanya bersama ke mana-mana.
Tapi tidak bagi portable SSD ini, saiznya memang sangat kecil sebesar tapak tangan pun ada.
Reka bentuknya yang nipis juga membolehkan anda untuk selit portable SSD ini di mana-mana poket beg atau poket seluar.
Dan dari segi berat pula, jangan terkejut jika ada model portable SSD ini yang beratnya hanya 11g sahaja!
Read & Write Speed Yang Laju
Untuk anda yang selalu pindah fail bersaiz kecil atau sederhana mungkin anda tak terasa sangat waktu menunggu yang tidak terlalu lama.
Tapi untuk pengguna yang sering memindahkan fail bersaiz besar, fungsi kelajuan ini sangat penting bagi mereka.
Anda boleh dapatkan portable SSD yang ada di pasaran dengan kelajuan sehingga 2,000 mb/s untuk kedua-dua Read dan Write.
Dan seperti biasa, semakin laju fail yang boleh dipindahkan maka harga portable SSD tersebut juga semakin mahal.
Tapi disebabkan ianya mampu bertahan untuk jangka masa lama dan mampu juga menyimpan banyak fail jadi bagi kami ianya masih berbaloi untuk anda miliki.
Ciri Anti-Shock & Anti-Drop
Seteliti mana pun anda dalam menjaga sesuatu, pasti ada masa ianya akan terjatuh atau terlepas juga dari tangan.
Atau ketika anda pinjamkan ia kepada orang lain seperti rakan sekerja, kebarangkalian untuk ia jatuh tu ada.
Dan dalam banyak-banyak benda, storage seperti ini paling ramai yang risau bila ianya terjatuh.
Sebabnya di dalam storage tersebut semestinya anda sudah menyimpan banyak fail-fail penting.
Jika berlaku apa-apa seperti fail tidak dapat dibuka contohnya, semestinya ia memberi masalah kepada tugasan anda.
Untuk itu dengan adanya portable SSD ini anda tidak perlu risau lagi kerana ia sudah dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti anti-shock dan anti-drop tadi.
Tapi jangan la pula anda sengaja nak jatuhkan ia dengan tujuan untuk menguji.
Tiada Bunyi Yang Bising
Ini kerana di dalam portable SSD tiada kehadiran komponen mechanical yang bergerak yang mampu menghasilkan getaran seperti yang ada di dalam external hardisk.
Nilai kebisingannya juga boleh dikatakan 0 decibel.
Tanpa kehadiran komponen yang bergerak ini juga memberi kelebihan yang kelima kepada portable SSD ini iaitu penghasilan haba yang sedikit.
Haba Yang Rendah
Selain tiada haba dihasilkan oleh komponen bergerak, haba sedikit yang terhasil ini juga dibantu dengan kehadiran heatsink yang terdapat di dalam portable SSD.
Untuk penggunaan yang lama tanpa henti, portable SSD ini tidak terlepas juga dari menghasilkan haba yang banyak.
Tapi dengan adanya heatsink tadi ianya dapat dikawal dengan baik.
Jika anda rasa portable SSD anda tu terlalu panas, tidak seperti kebiasaannya maka kami cadangkan anda untuk membuat pemeriksaan dan jika ada masalah boleh hantar untuk claim waranti.
Jadi untuk anda di luar sana yang bercadang nak dapatkan satu storage berkapasiti besar tapi tak tahu nak pilih yang mana, kami cadangkan anda consider untuk memiliki portable SSD ini.
Sejujurnya bagi kami dari segi harga berbeza sedikit sahaja dengan external hardisk untuk sesetengah model dari jenama tertentu.
Jadi sebelum beli adalah lebih baik untuk anda membuat perbandingan dan survey terlebih dahulu, baru la berbaloi!
Add comment