Untuk anda yang ada anak atau adik kecil yang selalu pinjam atau curi-curi ambil smartphone anda buat main tu mesti akan alami masalah ini.
Setiap kali dapat semula smartphone mesti akan ada pelbagai dan bermacam-macam aplikasi baru yang mereka download, sama ada secara sengaja atau pun memang mereka nak main game yang didownload tu. 
Yang penatnya kita pula kena uninstall kesemua aplikasi tu, mana taknya jika sampai 100 aplikasi mereka download dalam satu masa memang ambil masa nak uninstall.
Jadi untuk menjimatkan masa anda uninstall kesemua aplikasi-aplikasi tu serentak, anda boleh ikut 2 cara mudah di bawah!

Cara 1 : Uninstall Di Screen Smartphone

Cara pertama ini hanya sesuai untuk sesetengah model smartphone sahaja.
Caranya,
1) Anda klik atas salah satu aplikasi yang anda nak uninstall tu.
2) Nanti akan keluar pop out dengan 3 pilihan iaitu Select, Add To Home dan Uninstall.

C1

3) Anda jangan pilih Uninstall terus, sebaliknya anda kena pilih Select dulu.
4) Dengan cara tu anda boleh pilih aplikasi-aplikasi lain yang anda nak uninstall bersama.

C2

5) Bila anda dah pilih semua aplikasi yang anda nak, anda boleh tekan option Uninstall di bahagian atas smartphone nanti akan keluar pop out dan tekan Ok untuk meneruskan proses Uninstall. 

C3

Cara 2 : Uninstall Di Play Store

1) Anda perlu buka aplikasi Play Store yang ada dalam telefon anda.

1

2) Kemudian anda tekan akaun anda dan pilih Manage Apps & device.

2

3) Di bawah tab Manage tu akan keluar kesemua aplikasi yang sudah diinstall dalam smartphone anda.
4) Jadi anda hanya perlu tick sahaja aplikasi yang anda tak nak, boleh tick seberapa banyak yang anda nak kemudian tekan icon bakul sampah yang ada di bahagian atas skrin sebelah kanan.

3

5) Bila keluar pop out, anda terus pilih Uninstall.

4

Kedua-dua cara ini sebenarnya sangat mudah dan lebih cepat, tapi mungkin masih ada pengguna di luar sana yang belum tahu.
Jadi jangan lupa share perkongsian ini , semoga memberi manfaat kepada orang lain juga.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *