Sebelum ni kami ada kongsikan perbezaan antara 2 printer bajet iaitu model Hp Deskjet 2330 AIO dan Canon Pixma E410.
Untuk artikel kali ini ada lagi 2 model printer yang membuatkan ramai pelanggan kami pening tak tahu nak pilih yang mana, iaitu model Hp Deskjet Ink Advantage 2776 AIO dan Canon Pixma Inkjet E470
Mana taknya, saiz dan reka bentuk kedua-dua model ni hampir sama.
Dilengkapi pula fungsi yang sama, dua-dua model ada fungsi wireless untuk anda print direct dari smartphone tanpa perlu guna wayar.
Dan yang paling menarik, harga kedua-dua model ini di kedai kami juga sama iaitu RM209.
Jadi jangan pening-pening, jom kami kongsikan perbezaan antara 2 model ni supaya anda dapat buat pilihan yang terbaik.
Hp Deskjet Ink Advantage 2776 AIO Printer
SPESIFIKASI
KELEBIHAN
Harga ink untuk printer Hp Deskjet Ink Advantage 2776 AIO ni sekitar RM38 sahaja untuk 1 warna.
Untuk ink cartridge, harga ini boleh dikatakan agak murah berbanding model ink lain.
Selain itu, sekiranya anda membeli printer model ni anda akan dapat perkhidmatan selepas jualan (after sales service) yang dijamin memuaskan.
Pihak Hp menawarkan servis sokongan 24 jam yang beroperasi 7 hari seminggu untuk membantu sebarang masalah berkenaan printer anda nanti.
Jadi anda tak perlu risau dan susah hati, bila-bila masa sahaja anda boleh hubungi pihak Hp.
BEST DEAL
Seperti yang dinyatakan di atas tadi, harga printer Hp Deskjet Ink Advantage 2776 AIO ini sekarang di Monaliza hanya RM209 sahaja.
Jika anda bandingkan harga ini dengan harga semasa pandemik hari tu memang sangat jauh berbeza.
Jadi sementara harga masih murah dan mampu milik ni, lebih baik anda dapatkan sekarang sebelum harga kembali melonjak.
Jom dapatkan sekarang di Website Monaliza, tekan link di bawah!
Canon Pixma Inkjet E470
SPESIFIKASI
KELEBIHAN
Untuk printer Canon Pixma Inkjet E470 ni pula, ia dilengkapi dengan 1 fungsi tambahan iaitu Auto Power On dan Off.
Dengan adanya fungsi ini, setiap kali printer ini mengesan ada arahan untuk print ia akan on dengan sendirinya dan kemudian akan off secara automatik selepas jangka masa tertentu.
Selain itu, kualiti printing daripada printer ini juga sangat bagus dengan bilangan helaian bulanan juga lebih banyak.
Dari segi waranti, untuk printer Canon ini warantinya lebih panjang iaitu selama 3 Tahun.
BEST DEAL
Harga untuk printer Canon Pixma Inkjet E470 ini sama seperti model printer Hp di atas iaitu hanya RM209 sahaja.
Semasa pandemik sebelum ini, harga printer Canon ini juga melonjak dengan sangat tinggi.
Untuk model yang dilengkapi fungsi wireless, harga yang ditawarkan ini memang sangat murah dan berbaloi kalau anda grab sekarang.
Jom tekan link di bawah untuk order!
Berdasarkan spesifikasi dan kelebihan setiap model di atas, anda pasti sudah boleh membuat pilihan model printer mana yang patut anda beli.
Tambahan pula dari segi harga bukan menjadi satu masalah kerana harga kedua-dua model ini sama sahaja.
Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.
Add comment