Akhirnya AMD mengeluarkan APU series untuk Ryzen.
APU tu apa? APU tu nama penuhnya Accelerated Processing Unit.
Secara senangnya APU dan CPU lebih kurang sama, cuma bezanya APU series ni dimasukkan graphic card yang power di dalamnya.
Jadi adakah Ryzen 3 2200G ini sesuai untuk kegunaan PC anda?
1) Spesifikasi
Ryzen 3 2200G ini datang dengan base frequency 3.5GHz dan ia boleh mencapai 3.7GHz. Seperti biasa, core AMD sememangnya lebih power daripada Intel. Dan untuk Ryzen 3 2200G ini ia datang dengan 4 core.
2) Graphic Card
Ryzen 3 2200G ini menggunakan graphic card Vega 8 yang mana graphic card ini nanti akan berkongsi RAM dengan sistem yang anda gunakan.
3) Processing
Dari segi processing memang terbukti Ryzen lagi power dari Intel. Tapi untuk artikel kali ini kita akan membandingkan performance Ryzen 3 2200G ini dengan gabungan Intel G4560 dan GT1030.
Untuk kedua-dua software benchmark, PC Ryzen 3 2200G lagi power daripada Intel.
Ini pula graf keseluruhan untuk game berdasarkan FPS untuk resolusi Full HD dan setting paling rendah. Secara keseluruhan PC Intel lagi bagus dari PC Ryzen 3 2200G.
Jadi secara ringkasnya jika anda ada PC bajet tapi ada niat untuk upgrade PC anda di masa akan datang, PC Ryzen 3 2200G ini pilihan yang lebih tepat kerana di masa akan datang anda hanya perlu upgrade graphic card sahaja. Jika anda menggunakan PC Intel, anda perlu tambah processor kerana processor Intel hadir dengan 2 core sahaja.
Macam mana? Anda nak cuba padankan PC anda Ryzen 3 2200G ini?
Add comment