Untuk anda yang sedang mencari projektor sama ada untuk kegunaan di pejabat, sekolah mahupun untuk letak di rumah, pasti anda akan jumpa perkataan lumens ni kan?
Kata orang semakin tinggi nilai lumens dalam sesebuah projektor, semakin bagus pancaran yang akan dihasilkan, betul ke?
Sebelum itu jom kami kongsikan dulu apa itu lumen dan fungsinya dalam sesebuah projektor.
Lumens atau istilah rasmi yang digunakan dalam industri adalah ANSI lumens iaitu singkatan kepada American National Standards Institute.
Fungsinya adalah sebagai ukuran kecerahan yang hasilkan oleh sesebuah projektor.
Sebelum anda memilih nilai lumens yang sepatutnya, anda perlu tahu 2 faktor yang mempengaruhi kecerahan sesebuah projektor iaitu kecerahan sedia ada pada ruang yang akan digunakan dan saiz skrin yang ingin anda paparkan.
3,000 - 3,999 ANSI Lumens
Untuk nilai lumens yang pertama ini amat sesuai untuk anda yang memiliki perniagaan atau terlibat dengan bidang pendidikan.
Anda digalakkan untuk menggunakan projektor ini di ruangan yang kecil seperti bilik mesyuarat atau bilik pembentangan yang kecil.
Selain itu dengan projektor ini juga anda boleh jadikan rumah anda seperti teater untuk menonton movie kegemaran anda di ruang tamu rumah atau di bilik tidur.
Untuk kualiti paparan yang lebih mantap pastikan kecerahan ruangan yang anda gunakan pada paras minimal.
4,000 - 4,999 ANSI Lumens
Projektor dengan lumens kedua ini pula sesuai untuk ruang sederhana besar seperti dewan kuliah, bilik mesyuarat atau bilik darjah yang lebih luas dengan bilangan pelajar yang lebih ramai.
Anda tidak perlu risau dengan kecerahan sedia ada di dalam ruangan yang digunakan apabila anda menggunakan projektor dengan nilai lumens ini kerana kecerahan yang dihasilkan sudah cukup tinggi.
5,000+ ANSI Lumens
Untuk anda yang mencari projektor untuk dewan kuliah atau bilik mesyuarat yang besar, dewan pameran, auditorium dan lain-lain pastikan nilai lumens pada projektor yang digunakan adalah tinggi dengan nilai 5,000 dan ke atas.
Nilai lumens yang tinggi pada projektor ini membolehkan anda menggunakannya dengan baik meskipun dalam ruangan yang sangat cerah.
Secara mudah dan konklusinya, untuk ruangan yang cerah anda kena pastikan projektor yang anda guna mempunyai nilai lumen yang tinggi.
Begitu juga jika anda ingin paparkan pada skrin yang lebih besar, nilai lumen yang tinggi mampu memaparkan kualiti imej yang jelas.
Add comment