Bagi pemilik monitor, laptop, Pc dan peralatan digital yang lain pasti anda pernah dengar perkataan sRGB dan aRGB ni kan?
Mungkin masih ramai yang belum tahu apa perbezaan di antara 2 jenis RGB ini, jadi dalam artikel kali ini mari kami terangkan.
Apa Itu sRGB Dan aRGB?
Sebelum itu mari kita kenalpasti dahulu apakah perkataan penuh disebalik setiap huruf RGB ini.
RGB adalah singkatan kepada Red, Green dan Blue.
Manakala huruf s di dalam sRGB adalah untuk standard dan huruf a di dalam aRGB adalah untuk adobe.
aRGB adalah teknologi yang lebih terkini dan mempunyai kebolehan untuk menghasilkan pencahayaan yang dinamik, fleksibel dan boleh dikonfigurasikan.
Manakala sRGB adalah lebih statik dan penting dalam mengekalkan warna yang tepat dan konsisten terutamanya semasa memindahkan fail di antara peranti yang berbeza.
Gamut Warna
Berbanding sRGB, aRGB mampu menghasilkan julat warna yang lebih meluas.
Namun begitu, sRGB yang mempunyai gamut warna yang paling kecil adalah yang paling konsisten dan sesuai digunakan pada kebanyakan paparan masa kini iaitu hampir 99% yang masih menggunakannya.
Ruang Warna
Ruang warna pula adalah julat keamatan bagi warna yang tersedia di dalam gamut tadi.
Oleh kerana gamut warna aRGB lebih luas, maka semestinya ruang warna untuk aRGB juga adalah yang lebih banyak.
Ini bermakna ton warna yang dihasilkan oleh aRGB adalah lebih banyak terutamanya untuk warna merah dan hijau.
Oleh sebab itu, kebanyakan jurugambar profesional akan menggunakan imej aRGB kerana mereka memerlukan julat ton warna yang lebih luas.
Manakala untuk sRGB pula biasanya digunakan dalam bidang fotografi digital, paparan digital seperti reka bentuk laman sesawang, platform media sosial, lampiran melalui e-mel dan lain-lain.
Sebab itu apabila anda melihat imej atau video pada monitor sRGB, anda akan melihatnya sebagai satu warna yang sudah biasa dilihat melalui mata anda kerana warna-warna inilah yang selalu digunakan oleh pereka laman sesawang.
Kedalaman Bit
Selain itu, dari segi kedalaman bit iaitu bilangan warna yang dihasilkan pada skrin oleh aRGB juga adalah lebih banyak berbanding sRGB.
Jadi apabila anda menggunakan aRGB, anda akan dapat menikmati kualiti paparan yang lebih licin digabung pula dengan warna-warna yang sangat baik.
Namun oleh kerana gamut warna yang lebih luas dan kedalaman bit yang tinggi ini menyebabkan saiz fail yang anda simpan sebagai aRGB menjadi lebih besar.
Jadi sekiranya anda ingin menjimatkan ruang dalam Pc anda atau mahu proses pemindahan fail yang lebih pantas dari satu peralatan ke peralatan digital yang lain, anda boleh menyimpan fail dalam sRGB.
Untuk anda yang memerlukan peralatan digital aRGB, pastikan anda pilih model yang mempunyai sekurang-kurangnya 90% aRGB dan ke atas untuk anda dapatkan paparan yang lebih menakjubkan.
Untuk sRGB pula seeloknya cari yang mempunyai 100% sRGB terutamanya untuk anda yang mementingkan kualiti paparan untuk kegunaan seperti gaming, editing, pencipta kandungan dan lain-lain.
Add comment