Biasa kami kongsikan tip berkaitan laptop, Pc, printer je kan.
Tapi kali ini ada kelainan sedikit iaitu berkenaan TV pula.
Yang mana tengah berkira-kira nak beli TV baru tu, anda jangan lupa kenalpasti 3 perkara ini dulu!
1. Resolusi
Seperti biasa kalau anda nak paparan yang cun, resolusi sesebuah TV yang anda nak beli tu kena la tinggi.
Anda boleh cari model TV di pasaran yang datang dengan resolusi 4K Ultra HD.
Baru la nanti anda akan dapat paparan imej yang jelas dan sharp.
2. Dolby Vision
Untuk dapatkan kualiti paparan yang cantik pula anda kena pastikan model TV yang anda nak beli tu ada Dolby Vision ni.
Kehadiran Dolby Vision ini adalah untuk memberi anda visual yang lebih baik dan meningkatkan kualiti gambar.
Sebagai contoh seperti gambar di atas.
3. Dolby Atmos
Selain dilengkapi Dolby Vision tadi, pastikan juga TV tersebut sudah dilengkapi dengan Dolby Atmos,
Jika Dolby Vision untuk paparan, Dolby Atmos ini pula untuk audio.
Kehadiran Dolby Atmos ini mampu memberi anda kualiti audio yang mantap.
Baru la lebih syok untuk layan drama atau movie.
Tak kisah sama ada anda berminat dengan Smart TV, Android TV atau pun Google TV, anda boleh guna 3 tips yang kami nyatakan di atas tadi.
Jadi jika ianya bermanfaat jangan lupa kongsikan tip ini dengan kenalan anda.
Add comment