Sebenarnya terdapat banyak benda yang anda boleh lakukan melalui aplikasi Facebook.
Antaranya anda boleh pindah segala maklumat (gambar, video, note, post) yang terdapat dalam Facebook anda tu ke aplikasi penyimpanan yang lain.
Caranya macam mana? Jom kami tunjukkan!
Langkah 1 : Buka Aplikasi Facebook
Dan anda tekan icon profile yang ada tiga garis yang terletak di sebelah kanan di bahagian atas.
Langkah 2 : Tekan Settings & privacy
Langkah 3 : Tekan Settings
Langkah 4 : Tekan Transfer a copy of your information
Yang ni anda kena scroll sedikit ke bawah dan anda akan jumpa ianya terletak di bawah kategori Your information.
Langkah 5 : Pilih Destinasi Penyimpanan Anda
Anda boleh pilih jenis dan destinasi penyimpanan mengikut aplikasi apa yang anda ada.
Contoh macam kami nak simpan gambar dan video di Google Photos jadi kami akan pilih yang atas sekali.
Langkah 6 : Sambung Aplikasi Penyimpanan Dengan Facebook
Apabila anda dah pilih salah satu aplikasi di Langkah 6 tadi, nanti ia akan keluar paparan seperti di atas.
Tekan Connect untuk meneruskan.
Langkah 7 : Pilih Akaun & Benarkan Access
Dengan cara anda tekan sahaja butang Continue selepas anda dah pilih akaun tadi.
Langkah 8 : Mulakan Pindahan Fail
Jadi jangan lupa tekan butang tu dan tunggu sahaja proses pemindahan selesai.
Kalau nak batalkan boleh tak? Boleh!
Langkah 9 : Batalkan Pemindahan Fail
Untuk membatalkan anda hanya perlu tekan butang Stop untuk gambar mahupun video.
Kalau anda nak pindah ke aplikasi penyimpanan yang lain, anda boleh tekan aplikasi yang anda nak.
Senang kan?
Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja segala fail yang anda inginkan akan disimpan dengan selamat dan mudah.
Jadi jika perkongsian ini bermanfaat jangan lupa kongsikan pada kenalan anda.
Add comment