Selain fungsi utama keyboard adalah untuk kerja-kerja menaip, anda sebenarnya boleh menggunakan fungsi lain yang ada pada keyboard anda tu untuk buka split screen dengan mudah dan pantas.
Split screen ni sangat berguna di saat anda perlu buka banyak folder, website, aplikasi dan lain-lain pada skrin anda tu.
Jadi tanpa berlengah lagi, jom kita pelajari 3 kombinasi Shortcut Keys pada keyboard untuk aktifkan split screen.

Cara 1 : Tekan Key Windows + Arrow Kanan/Kiri Serentak

Cara pertama ini memang straight forward sahaja.
Anda boleh pilih sama ada nak tekan Arrow yang sebelah kanan atau sebelah kiri untuk paparkan active window yang anda sedang lihat.

Split1

Untuk ruang sebelahnya yang masih kosong anda boleh pilih mana-mana window lain untuk dipaparkan di ruangan tersebut.
Anda boleh menggunakan cursor mouse atau arrow yang ada pada keyboard untuk pilih window kedua kemudian tekan Enter.

Cara 2 : Tekan Key Windows + Arrow Atas/Bawah Serentak

Split2

Jika anda nak tambah lagi split screen daripada 2 tadi kepada 4, anda perlu tekan Key Windows + Arrow Atas/Bawah serentak.
Nanti skrin anda tu akan dibahagikan lagi dan ruang kosong yang baru tu anda boleh isi dengan window lain yang anda nak.

Cara 3 : Tekan Key Windows + Key Z Serentak

Split3

Selepas anda tekan Keys Windows dan Key Z serentak, satu kotak pop up akan keluar di bahagian kanan sebelah atas skrin anda.
Anda boleh tekan butang maximize untuk melihat beberapa susunan bagi split screen.
Biasanya terdapat 6 susunan jadi anda hanya perlu pilih susunan mana yang anda nak gunakan bagi memaparkan window-window anda tu.

Sangat mudah sebenarnya kalau anda guna salah satu cara di atas ni.
Tapi masih ramai pengguna di luar sana yang tak familiar dengan cara ini.
Jadi anda jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *