Tak kisah anda ada mouse model apa, untuk kegunaan kerja harian mahupun untuk gaming.
Kalau anda guna mouse orang lain, mouse pejabat, cyber cafe dan lain-lain lagi la anda kena jaga dan guna dengan sebaik mungkin.
Jadi pastikan anda tak buat beberapa pantang larang di bawah!

1. Jangan Sesekali Guna Mouse Tanpa Mousepad

Mouse1

Kebanyakan dari anda suka guna mouse terus atas meja tanpa ada pelapik seperti mousepad terutamanya bila nak cepat atau ada tugasan urgent.
Walaupun mouse anda bergerak dengan lancar atas permukaan tersebut tapi ianya tak bagus dan akan merosakkan mouse feet yang ada di bawah mouse.
Selain mouse feet tu akan calar, lama-kelamaan pergerakan mouse anda tu tak kan jadi lancar. 
Jadi dapatkan 1 mousepad hari ini, walaupun semurah RM1 sahaja.

2. Jangan Tekan Mouse Anda Dengan Kasar

Perkara ini juga sering dilakukan apabila anda nak cepat.
Anda akan menekan segala button yang ada pada mouse tu dengan kuat.
Tindakan ini akan merosakkan mouse anda terutamanya bahagian body mouse tersebut.
Tambahan pula setiap model mouse diperbuat daripada material yang berbeza.
Jadi ada model yang tahan lasak dan ada model yang sebaliknya.
Namun apa jua material yang digunakan pada mouse anda tu, seeloknya anda gunalah ia dengan berhemat dan tak terlalu kasar semasa menekan.

3. Jangan Cucuk Atau Cabut Usb/Dongle Dengan Kerap & Kasar

Mouse2

Tak kisahlah anda guna mouse berwayar mahupun jenis wireless, pastikan anda titik beratkan penjagaan usb atau dongle mouse tu sekali.
Sekiranya anda kerap cucuk dan cabut dongle secara kasar terutamanya ia akan merosakkan dongle tersebut.
Selain itu port usb di laptop atau pc anda juga mungkin akan turut rosak.
Jadi pastikan anda cucuk dan cabut dengan berhati-hati.

4. Jangan Biarkan Kabel Mouse Bersepah

Mouse3

Untuk anda pemilik mouse berwayar, pastikan anda gulung kabel mouse anda dengan betul selepas digunakan.
Ini untuk mengelakkan kabel tersebut mudah rosak dan putus.
Selain itu keadaan atas meja kerja anda juga akan nampak lebih kemas dan tersusun.
Anda boleh rujuk website atau YouTube yang ada kongsikan cara untuk menguruskan kabel mouse dengan betul.

5. Jangan Lupa Bersihkan Mouse Anda Secara Berkala

Mouse4

Meskipun model mouse sekarang sudah tiada bentuk yang seakan bola di bahagian bawah mouse, anda tetapkan kena bersihkan lampu-lampu yang menyala di bahagian bawah tu.
Anda boleh guna kain yang lembut, cotton bud atau boleh juga menggunakan sedikit alcohol.
Baru la pergerakan mouse anda tetap maintain lancar tanpa sebarang masalah.

Agak-agak anda antara 5 pantang larang di atas, yang mana anda sering lakukan pada mouse anda?
Kalau ada, cepat-cepat ubah tau.
Nanti tak pasal-pasal setiap bulan asyik kena beli mouse baru pula.
Jumpa anda lagi di artikel seterusnya.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *