Dalam artikel kali ini kami nak kongsikan dengan anda kerusi gaming terbaru dari Armageddon iaitu model Nebuka III. Kami yakin ramai dah tahu dan kenal dengan jenama Armageddon ni yang tak asing lagi dengan dunia gaming. Kami dah terima kerusi gaming ni lebih kurang seminggu dan kami dah test untuk beberapa hari. Satu perkara yang kami boleh cakap adalah kerusi gaming ni memang okay. Okay macam mana tu? Jom !

BUILD QUALITY 

Untuk kerusi gaming Armageddon Nebuka III ia datang dengan 4 pilihan warna iaitu Armageddon Yellow, Firestorm Red, Maldive Blue dan Midnight Grey. Build quality kerusi ni memang nice dari atas sampai lah ke bawah. Tapi ada juga bahagian yang kami rasa boleh diperbaiki lagi. Material kerusi ini adalah dari premium pu leather. Seperti yang kami maklumkan tadi yang kami dah guna kerusi gaming ni untuk beberapa hari dan ternyata memang kerusi ni sangat selesa. Tapi jika bilik atau rumah anda tiada aircond, penggunaan pu leather ni mungkin akan menyebabkan anda rasa panas sedikit. Di bahagian belakang kerusi ni ada stiching Armageddon dan nama model ni iaitu Nebuka III. Di bahagian hadapan pula stiching keemasan jenama Armageddon yang sangat premium. Jahitan kerusi ini memang kami boleh puji sebab ianya sangat kemas. Untuk material padding pula mereka guna material yang dipanggil cold-cure moulded foam yang agak tebal tetapi ia tetap firm. Yang bagusnya adalah ia tahan lama dan kalau anda nak duduk selama 3-4 jam tu tiada masalah. Bagi kami kerusi ni selesa tapi bukan yang paling selesa yang kami pernah guna.

SAIZ

Secara umumnya kerusi ni mereka target untuk pengguna yang berbadan kecil dan medium. Berat yang kerusi gaming ni boleh tampung adalah maksimum 180kg manakala untuk ketinggian pula tidak dinyatakan tapi bila kami test lebih kurang maksimum ketinggian adalah 175cm. Kalau anda tinggi dari tu kami tak recommend anda beli model kerusi gaming ni sebab ada lebih banyak pilihan model lain yang sesuai dengan anda. Setting size sepanjang 29cm x 47cm. Minimum ketinggian dari tempat duduk tu dengan lantai pula adalah 49cm dan maksimum sehingga 57cm. Kerusi gaming ini juga datang dengan lumbar pillow dan neck pillow. Sama seperti juga, kedua-dua pillow ini juga sedikit firm dan memang benar-benar menyokong bahagian belakang dan leher pengguna.

KESTABILAN 

Kita beralih pula kepada hydraulic system yang terletak di bawah kerusi ni yang mereka panggil sebagai heavy duty class 4 hydrulic piston. Sepadan dengan namanya heavy duty, ia memang sangat solid. Bila kami cuba rocking kerusi ni, rocking angle kerusi ni sangat minimum walaupun kami dah fully twist piston di bahagaian bawah tu. Material base dan roda yang digunakan adalah daripada besi yang menjadikan kerusi ni sangat stabil serta roda tu juga berfungsi dengan sangat lancar. Kami dah test kerusi ni banyak kali dan ternyata memang kerusi ni sangat stabil, tak rasa nak jatuh lansung. Kami juga ada cuba goyangkan kerusi ini semasa berdiri atas kerusi ni pun memang cukup stabil.

ADJUSTABILITY 

Dari segi adjustability pula, bahagian setting kerusi ini boleh recline dari 90 darjah sehingga 160 darjah. Bila kerusi ni fully recline, anda boleh baring dan tidur dengan lena atas kerusi ni. Untuk arm rest pula mereka guna material gabungan besi dan plastik. Design yang digunakan adalah jenis 4D yang anda boleh tolak dan tarik ke depan dan ke belakang, ke dalam dan ke luar, ke atas dan ke bawah serta gerakkan dari sisi ke sisi.

KESIMPULAN 

Jadi secara kesimpulannya, patut ke anda beli kerusi Armageddon Nebuka III ni? Bagi kami simpe sahaja, jika anda mempunyai kriteria seperti berat, ketinggian yang sesuai, keadaan bilik anda beraircond, kerusi ni memang sangat sesuai untuk anda beli.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *