Ada 3 sebab kenapa kami beli gamepad model ni. Yang pertama sebab ianya jenis wireless, yang kedua pada iklan ada maklumkan yang model gamepad ni support untuk digunakan pada PC dan yang ketiga design gamepad ni jenis transparent yang mana kita boleh nampak semua perkakas yang ada di dalam gamepad ni, memang cool habis. Tapi selepas kami test gamepad ni dalam 2 minggu macam tu, kami agak kecewa dengan apa yang diiklankan. Rasa macam tertipu pun ada la sikit. Gamepad model apa tu? Jom !

Baseus Gamo GS01

Mula-mula sekali dari iklan yang kami jumpa ianya ditulis Baseus Wireless Bluetooth Gamepad For Nintendo Switch Game Console Joystick Joypad Controller For Nintendo Switch Lite Pro With PC. Dari iklan ni apa yang kami faham kita bukan hanya boleh guna gamepad pada Nintendo Switch tapi kita juga boleh guna dekat game console yang lain malah dekat PC pun boleh iaitu dengan sambungan secara wireless. Sebab itulah kami beli Baseus Gamo GS01 ni tapi bila sahaja gamepad ni sampai dan kami cuba connect dengan Laptop Asus Tuf tapi tak boleh. Kami cuba buka Bluetooth tapi tak dapat cari Bluetooth gamepad ni. Kami agak kecewa sedikit la berkaitan sambungan secara wireless ni.

DESIGN

Tapi jika kita abaikan masalah di atas tadi dan tengok dari segi kualiti dan fungsi gamepad Baseus Gamo GS01 ni memang jauh lebih baik dari Fantech Shooter yang kami pernah review sebelum ini. Dari segi keselesaan, Baseus Gamo GS01 ni lebih selesa dengan pemegang bahagian hujung ni lebih kecil yang mana selesa untuk mereka yang mempunyai tapak tangan kecil. Design yang ergonomic, meskipun anda guna untuk jangka masa yang lama tapak tangan anda tak kan berasa sakit. Layout button Baseus Gamo GS01 ni jenis PS4, bukan jenis Xbox. Dua-dua thumbstick ada di bahagian bawah yang mana ia dibuat khas untuk Nintendo Switch tapi boleh juga digunakan untuk platform yang lain cuma bilangan button tu akan sedikit berbeza. Baseus Gamo GS01 ni juga ada extra plus minus button di bahagian tengah, di bawah logo Baseus.

Whole body Baseus Gamo GS01 ini diperbuat daripada plastik tapi rasa plastik yang mahal sebab ianya sangat kukuh. Cuma ia agak mudah terlucut jika anda jenis berkulit kering. Walaupun ia diperbuat daripada plastik, ia bukan jenis plastik yang meninggalkan kesan cap jari jadi joystick ni tetap kelihatan bersih dan lawa. Built quality joystick ni bagi kami lagi mantap dari model sebelum ini. Feeling semasa anda tekan butang-butang di joystick ni balance, tak ringan sangat dan tak berat sangat.

FUNGSI

Dari segi fungsi pula semua butang pada gamepad ni dapat berfungsi dengan baik termasuklah yang right thumbstick. Pergerakan thumbstick ni jika anda guna dalam gaming, aiming tu tak lari memang smooth. Kalau anda tekan butang Home, Windows gamebar akan keluar.

GETARAN

Ciri lain yang ada pada Baseus Gamo GS01 ni adalah ia mempunyai tahap getaran yang agak tinggi. Bila ia bergetar anda akan dapat rasa feeling sebenar semasa bermain game.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, jika kita abaikan masalah sambungan secara wireless tadi dan kita ganti dengan sambungan kabel USB Type-C yang disertakan sekali dengan gamepad ni, bagi kami gamepad ni sangat-sangat bagus. Kami bagi jaminan yang kualiti Baseus Gamo GS01 ni jauh lebih bagus dari joystick lain yang kami pernah review sebelum ini. Kualiti mantap dan ia berfungsi dengan sangat baik.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *