Dilengkapi dengan 1TB NVMe SSD dan kadar kelajuan untuk read/write sebanyak 2000MB/s menjadikan proses penghasilan kandungan dan back up data lebih mudah berbanding sebelum ini.

Disember 28th, 2020 – Kuala Lumpur, Malaysia – Gigabyte Technology, salah satu pengeluar motherboard, graphic card dan hardware global, hari ini telah memperkenalkan external SSD pertama untuk siri VISION iaitu – VISION DRIVE SSD 1TB yang datang dengan USB Type C 3.2 Gen2x2. Dengan ini syarikat ini mampu untuk mengembangkan barisan produk VISION serta mempamerkan produk SSD dengan performance yang tinggi, inovatif dan menerajui pasaran. VISION DRIVE SSD 1TB ini disepadukan dengan 1TB PCIe Gen3 x4 solid-state-drive (SSD) yang menyediakan pengguna dengan kadar kelajuan untuk read/write sebanyak 2000MB/s. Dengan kepakaran dan dedikasi GIGABYTE dalam pembangunan dan reka bentuk produk, pelancaran VISION DRIVE SSD 1TB terbaru ini memang terbaik dari segi prestasi dan sistem penyejukan. Untuk Content Creator yang sentiasa membawa portable drive bersama mereka dan mereka yang perlu back up data semasa off-site, VISION DRIVE SSD 1TB ini adalah pilihan yang ideal.

“Untuk para pengguna di luar sana terutamanya Content Creator adalah sangat mustahak untuk mereka melakukan back up bagi data atau hasil kerja dengan secepat mungkin pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja”, kata Jackson Hsu, Pengarah Pengurusan Produk GIGABYTE. “Berbanding dengan solusi lain, portable berkapasiti tinggi dengan kelajuan yang tinggi dari GIGABYTE ini ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan design yang mesra pengguna mejadikan ia adalah pilihan yang terbaik.” “Kami mungkin bukan yang pertama terlibat dalam bidang portable external ini, tapi kami sangat pasti kami adalah the most serious player.” Dia kemudian menyatakan, “Semasa proses pembangunan external SSD VISION DRIVE SSD 1TB ini, kumpulan R&D and ID telah berbincang dengan bersungguh-sungguh menyumbang idea berulang kali semasa prototaip dan ujian dilakukan untuk mengenal pasti keseimbangan optimal di antara prestasi, kesan penyejukan dan saiz, bagi menawarkan external SSD yang terbaik kepada pengguna. Sebab itu produk ini mempunyai kelajuan read/write setinggi 2000MB/s, yang mana 4 kali lebih laju dari external SSD yang lain dan kapasiti sebanyak 1TB mencukupi untuk menyimpan data dengan mengekalkan ketahanan dan haba yang sesuai. Kami yakin yang VISION DRIVE SSD 1TB ini adalah pilihan terbaik untuk Content Creator dan mereka dalam bidang professional yang lain yang memerlukan simpanan dan back up untuk data.”

External SSD dari GIGABYTE ini adalah yang terbaru mendahului dari segi kapasiti berbanding produk yang lain motherboard dan graphic card. Ciri utama yang menjadi tema produk adalah seperti kalis cap jari, permukaan warna putih jenis matte digabungkan dengan bahan kulit memberikan sentuhan hangat yang jarang dijumpai dalam rangkaian produk 3C dan kualiti yang dihasilkan adalah gabungan kecanggihan, kebersihan, pertukangan dan keanggunan. Reka bentuk berwarna hitam di bahagian bawah menjadikan ia kurang terdedah kepada kotoran dari sekeliling dan memberikan kebebasan pada pengguna. Dengan penampilan yang bergaya, ia dilengkapi dengan cip pengawal prestasi tinggi iaitu Phison E12, 1TB NAND Flash berkelajuan tinggi dan USB Type C 3.2 Gen2x2 menjadikan kadar kelajuan untuk read/write mengagumkan iaitu sebanyak 2000MB/s, mesra pengguna, saiz yang compact, kapasiti yang besar dan prestasi yang mantap.

Seperti kebanyakan alat penyimpan yang lain, selain saiz yang terhad ia juga mempunyai reka bentuk thermal yang lemah. Secara khusus, beberapa model NVMEs terdedah kepada proses yang kurang stabil, termasuk kehilangan data disebabkan suhu yang tinggi semasa proses dijalankan. Untuk mengatasi masalah ini, kami di GIGABYTE telah menguji beberapa reka bentuk semasa pembangunan VISION DRIVE SSD 1TB ini dan telah mendapati keputusan yang sebenar adalah jauh lebih baik dari yang kami jangkakan. Menggunakan bahan plastik yang mesra pengguna yang kurang kecenderungan untuk retak dan kemek, ditambah dengan bahan penyokong menjadikan produk akhir mempunyai kekuatan mekanikal yang tinggi. Modul SSD ini dilengkapi dengan 2 heatsink Nano carbon yang mempunyai konduktiviti yang tinggi. Kesan penyejukkan pula dipertingkatkan dengan ventilasi di bahagian bawah dan sisi case tanpa menjejaskan nilai estetika. Dalam ujian sebenar, reka bentuk ini mampu mengekalkan suhu permukaan pada tahap yang selesa meskipun semasa proses yang menggunakan kelajuan yang tinggi dan mengelakkan kehilangan prestasi disebabkan haba yang melampau.

Tambahan pula untuk menjadikan VISION SSD lebih tahan lama dan meningkatkan tahap ketahanan, kami kuatkan dengan PCB dengan jumlah pateri yang lebih banyak. Untuk meningkatkan tahap ketahanan kami menggunakan keluli perlindungan case. Keputusan dalam ujian sebenar membuktikan VISION DRIVE SSD 1TB memenuhi keperluan dalam standard ketenteraan US MIL-STD-810G 516.6. Meskipun dijatuhkan dari ketinggian 122 cm, hanya beberapa kesan geseran sahaja boleh dilihat di bahagian hujung case tanpa menjejaskan prestasi keseluruhan, kebolehan dan kemudahan operasi. VISION DRIVE SSD 1TB datang dengan kabel USB Type C, Type A dan case yang sesuai untuk dibawa terutamanya untuk Content Creator kerana ia lebih fleksibel serta cara penyimpanan dan pengurusan kabel yang mudah. Ini menjadikan produk ini mudah untuk digunakan untuk beberapa platform di pasaran meskipun untuk versi USB terdahulu. Bagi memastikan pengguna dapat menikmati kelebihan VISION DRIVE SSD 1TB sepenuhnya, kami juga melancarkan VISION DRIVE 1TB Upgrade Kit yang boleh digunakan bersama-sama dengan VISION DRIVE SSD 1TB dan GC-USB 3.2 GEN2X2 untuk membolehkan pengguna menggunakannya dengan motherboard tertentu.

Disebabkan GIGABYTE satu-satunya vendor di pasaran yang mengembangkan produk SSD dan kemampuan sistem pembangunan, kami sentiasa mencari bahan yang berkualiti tinggi dan teknologi yang mampu bertahan lama, VISION DRIVE SSD 1TB ini melalui ujian yang ketat semasa proses pembangunan dan membuktikan ia adalah pilihan terbaik dari segi prestasi, ketahanan, sistem penyejukkan dan kapasiti. VISION DRIVE SSD 1TB dan VISION DRIVE 1TB Upgrade Kit sudah dilancarkan secara rasmi. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan produk, boleh hubungi pengedar kami yang berdekatan anda. Atau layari laman web kami : https://www.gigabyte.com/Solid-State-Drive/VISION-DRIVE-1TB#kf.

Harga produk di pasaran 

Vision Drive SSD 1TB w Upgrade Kit : SRP RM900

Vision Drive SSD 1TB : SRP RM850

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *