Untuk review kali ini kita akan bercerita lanjut tentang satu lagi barangan Tecware iaitu Tecware Verge TG RGB yang mana merupakan casing terbaru dari Tecware.

Apa yang menariknya tentang Tecware Verge TG RGB ni?

1) Saiz

Saiz Tecware Verge TG RGB ini ialah 457mm panjang, 236mm lebar dan 510mm tinggi. Bahagian dalaman casing ini agak luas kerana ia bukan sahaja support motherboard bersaiz ATX, mATX dan ITX, malah ia mampu support motherboard jenis Extended-ATX.

2) Material

Keseluruhan casing Tecware Verge TG RGB ini diperbuat daripada besi yang sangat tebal dan kukuh serta finishingnya dan paintingnya sangat rapi dan lawa.

3) Design Luaran 

Casing Tecware Verge TG RGB ini berwarna hitam dan didatangkan dengan 2 tempered glass yang terletak di sisi kiri dan di bahagian hadapan. Tempered glass di bahagian hadapan sedikit unik kerana ia bukan berbentuk segi empat tepat tetapi sebaliknya di bahagian tengah dipotong menyerong ke bawah.

4) Design Dalaman

Bahagian dalaman casing Tecware Verge TG RGB ini ada 2 compartment utama iaitu satu compartment PSU dan satu compartment main board. Kedua-dua compartment ini dipisahkan dengan 1 PSU cover yang terbuka di bahagian sisi belakang untuk anda show off PSU apa yang anda guna.

5) Connection

Input dan Output connection untuk Tecware Verge TG RGB ini ada di hadapan bahagian atas. Ia didatangkan dengan 2 USB 2.0, 2 USB 3.0, 2 audio jack, 1 power button dan 1 LED button. Di bahagian belakang casing terdapat 7 PCI Expansion Slots dan 1 slot kipas yang bersaiz 120mm yang didatangkan secara percuma.

6) Cable Management 

Di bahagian atas terdapat 2 lubang, di bahagian bawah atas PSU cover ada 2 lubang dan di bahagian tengah ada 6 lubang dengan rubber grommet.

6) Kipas

Casing Tecware Verge TG RGB ini didatangkan dengan 4 kipas Tecware Orbis RGB. 3 kipas diletakkan di bahagian hadapan untuk intake dan 1 kipas di bahagian belakang sebagai ekzos. Anda juga boleh memasang kipas bersaiz 120mm atau 140mm sebanyak 3 unit di bahagian atas dan 1 unit di atas PSU cover.

7) Graphic Card

Untuk graphic card, casing Tecware Verge TG RGB ini mampu support graphic card yang bersaiz panjang sehingga 380mm. Untuk pengguna water cooling, anda boleh mount radiator bersaiz 240mm / 360mm di bahagian atas atau pun radiator bersaiz 240mm di bahagian hadapan casing tanpa ada sebarang masalah.

Casing Tecware Verge TG RGB ini sangat terhad dan seasonal.
Jadi once sold out, anda tidak akan lagi dapat memiliki Tecware Verge TG RGB ini.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.