Ada orang lebih mementingkan spefikasi monitor daripada TV. Mereka sanggup mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan monitor yang superb. Pembelian monitor sangat bergantung kepada kerja-kerja seharian pengguna. Jika pengguna seorang yang suka edit video dan gambar atau menggunakan banyak aplikasi designer seperti Adobe, pemilihan monitor yang bagus amat penting bagi mereka. Jika anda hanya menggunakan komputer untuk kerja-kerja office seperti menaip di Word , membuat presentation menggunakan Powerpoint atau membalas E-mail, monitor dengan spefikasi biasa sudah memadai. Ada juga pengguna yang sudah mempunyai laptop tetapi ingin menambah display kedua yang lebih besar.

Pada kali ini, admin ingin berkongsi tips dan cara untuk membeli monitor yang sesuai dengan kerja-kerja seharian anda samada anda seorang gamers, profesional atau penggunaan umum. Ini kerana setiap monitor mempunyai spefikasi-spefikasi yang khusus untuk sesuatu pekerjaan. Perlu diingat juga, pemilihan monitor juga perlu selari dengan keupayaan pc atau laptop. Semakin tinggi specs monitor semakin tinggi keupayaan pc atau laptop anda diperlukan

Pertama sekali, anda harus menentukan apakah kerja yang anda ingin lakukan dengan monitor.

Penggunaan umum

People Set – Business – Businesspeople in front of computer

Jika anda seorang yang menggunakan komputer untuk melayari internet dan banyak menggunakan microsoft office seperti WordPowerpoint atau Excel, monitor yang biasa sudah memadai. Apakah monitor biasa itu? Biasanya menggunakan VGA sebagai sambungan, tiada port HDMI, bukan High Definition dan murah. Anda boleh mendapatkan monitor ini serendah RM100 di laman beli belah online seperti Lazada dan Shopee.

Pereka Grafik, Edit Video dan Gambar

Kalau anda seorang pereka grafik dan kerap edit video dan gambar, monitor yang dibeli harus mempunyai warna yang jitu. Anda perlu membeli monitor dengan spefikasi yang lebih tinggi supaya projek yang dihasilkan memberikan warna yang tepat.

Gamer

Keperluan seorang gamer juga berbeza kerana mereka memerlukan satu monitor dengan ‘refresh rate’ yang pantas. Refresh rate adalah; dalam satu saat berapakah gambar yang dihasilkan oleh monitor. Sebagai contoh refresh rate sebanyak 120Hz menghasilkan 120 frame gambar dalam satu saat. Semakin tinggi refresh rate semakin licin sesuatu video tersebut

Banyak faktor yang kita perlu kira sebelum membuat pembelian seperti:

  • Saiz monitor tersebut (dari 20″ kebawah hingga 27″ ke atas)
  • Resolusi skrin dari 720p HD, 1080p Full HD hingga resolusi 4K
  • Jenis monitor seperti LCD atau LED.
  • Jenis panel seperti TN atau IPS.
  • Kelebihan monitor itu sendiri seperti: HDMI, VGA, Displayport, Touchscreen dan banyak lagi.

Tahu Resolution Yang Diperlukan

Resolusi amat penting dari segi kualiti grafik game yang anda main. Untuk konsol gamers, 1080 Full HD sudah memadai daripada skrin 4K. Ini adalah kerana konsol terkini (Playstation 4 dan Xbox One) tidak mampu untuk kualiti grafik Quad HD atau 4K. Namun untuk PC, jikalau mesin anda mampu untuk kualiti 4K dengan tetapan High atau Ultra, kami amat syorkan agar membeli skrin 4K untuk pengalaman gaming yang amat memuaskan. Jikalau PC anda tidak mampu, kami syorkan membeli 1080 HD sahaja, walaupun anda mungkin akan menaik taraf spesifikasi PC anda pada masa akan datang, untuk dapatkan kualiti 4K ianya bukan sesuatu perbelanjaan yang murah.

Pilih Jenis Panel

Banyak orang ramai masih lagi tidak tahu bahawa panel skrin adalah amat penting untuk gaming. Didalam pasaran banyak jenis panel telah dikeluarkan seperti TN, IPS atau VA (Dimana kombinasi antara IPS dan TN).

Kerana masih lagi banyak kekurangan untuk panel VA, panel TN atau IPS masih lagi terkenal dipasaran.

Apa itu TN?
TN bermaksud Twisted Nematic adalah jenis panel yang tradisional didalam arena monitor dan gaming. Ianya adalah teknologi yang paling lama didalam industri dan masih lagi relevan untuk pasaran sekarang.

Apa itu IPS?
IPS, atau nama panjangnya In-Plane Switching adalah jenis panel yang terbaru untuk memberi kelebihan dari panel TN namun masih kekurangan beberapa faktor yang penting dari panel TN.

TN VS IPS
Walaupun panel TN sudah lama dipasaran, namun ianya masih lagi relevan kerana kualiti untuk gaming itu sendiri. Kelebihan panel TN adalah lebih kepada tindak balas skrin (Response) yang pendek dimana ianya amat terbaik untuk gaming yang memerlukan gerakan yang pantas seperti Call Of Duty, Counter Strike, Destiny, Battlefield dan game lain khususnya secara multiplayer. Juga, panel TN amat bagus dari segi kecerahan skrin itu sendiri.

Bagi panel IPS pula, ianya mengeluarkan kualiti warna yang amat cantik dan cemerlang dari segi sudut penglihatan (Viewing Angle) daripada skrin TN yang dimana mempunyai sudut penglihatan yang kecil dan warna yang pudar. Walaupun IPS mempunyai masalah seperti tindak balas skrin (Response) yang panjang dan kos yang mahal, banyak syarikat pengeluar panel kini mengeluarkan teknologi baru bernama Super-IPS (S-IPS) dimana lebih banyak manfaat dari segi kualiti contrast, tindak balas skrin dan kos pembinaan yang murah.

Extra Features Yang Diperlukan

Banyak fungsi-fungsi yang diimplimintasikan terhadap monitor terbaru ini untuk kelebihan pemain dan teknik pemasaran untuk menjual produk mereka.

Dalam banyak fungsi-fungsi yang disediakan, berikut adalah fungsi yang kami syorkan:
Penting:

  • Port untuk display dari konsol atau PC anda ke monitor seperti VGA, HDMI, DVI dan Displayport.
  • Lebihan port display, sekurang-kurangnya 2-3 port untuk kemudahan anda.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.