Printer merupakan alat pencetak yang sangat penting pada masa kini, boleh dikatakan semua guru mempunyai printer sendiri di rumah. Kadang-kadang ada juga yang mempunyai sampai 2 buah. 1 letak di sekolah 1 lagi di rumah. Printer juga digunakan oleh pelajar-pelajar terutamanya yang sedang menuntut sama ada di Kolej, Universiti, Matrikulasi, Politeknik dan IPGM terutamanya dalam membuat tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah mereka.

Namun begitu penggunaan printer yang tidak ‘cermat’ membuatkan jangka hayat printer tidak berbaloi dengan harganya. Ada yang sempat guna 3 bulan sahaja dan sudah rosak, tidak boleh print, dakwat tidak sekata, dan pelbagai masalah lagi.

Bagaimana cara untuk memilih printer yang baik dan tahan lasak? Pertama sekali kita perlu lihat apakah tujuan dan jenis printer yang kita perlukan, berapakah bajet yang kita ada, adakah kita perlu printer 3 in 1, atau 5 in 1 dengan pelbagai fungsi? Printer yang canggih bukan sahaja boleh print tetapi boleh scan, photostat, fax, dan dilengkapi dengan wireless print. Namun adakah kita menggunakan kesemua fungsi ini?

Kebiasaanya, bagi pengguna yang bukan bertujuan untuk business memadai dengan fungsi print, scan dan photostat sahaja, kerana yang penting adalah kita dapat memanfaatkan fungsi yang ada berbaloi dengan harganya. Jika ada bajet yang lebih bolehlah dapatkan yang boleh print tanpa wayar (wireless).

 

Beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan untuk memilih printer ialah:

  1. Printer tersebut mempunyai fungsi berikut, print, scan, photostat.
  2. Boleh print warna.
  3. Dakwat printer yang murah dan mudah didapati di pasaran.
  4. Boleh print pelbagai saiz, terutamanay A4, A3, B4
  5. Boleh di modified untuk buat external ink, ataupun terdapat juga printer yang ink tank sudah ada di luar. Hanya perlu topup ink sahaja.
  6. Cetakan yang dihasilkan berkualiti terutamanya untuk cetakan warna. Anda boleh rujuk DPI color
  7. Kelajuan cetakan yang pantas, kebanyakan model baru di pasaran sekarang mampu untuk print dengan cepat.
  8. Jimat dan Murah.

Beberapa model yang popular seperti Canon, HP, Epson dan Brother, mana satu yang anda rasakan bagus?

Kebanyakan model printer terkini sebenarnya bagus, cuma ada kelemahan dari segi cara untuk meminimumkan kos penggunaan dakwatnya, dan cara maintenance printer tersebut.

Kebiasaanya, untuk jimatkan dakwat ramai pengguna membuat ubahsuai dengan menambah external tank CISS, terbukti dengan menggunakan CISS, tapi ada beberapa kelemahan dan kekurangannya. Terutamanya jika berlaku bubble di dalam wayar sambungan CISS, biasanya kerap berlaku jika kita jarang-jarang menggunakannya.

 

 

 

 

 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.