Hari ini saya nak kongsi promosi dari realme yang anda kena grab! Untuk pengetahuan anda, REALME BAND 2 akan Debut Global di Malaysia pada 20 September 2021, secara eksklusif di Lazada! Pasaran Malaysia adalah yang pertama menerima Realme Band 2 untuk digayakan. Harganya boleh tahan menarik. Antara ciri yang ditawarkan pula, realme Band mempunyai lebih 50 muka jam dan didatangkan 90 mod sukan.

Realme Band 2 telah diumumkan secara rasmi pada 15 September 2021! Menariknya, Realme Band 2 yang baru ditingkatkan untuk semua peminat sukan dan kecergasan di Malaysia. Realme Band 2 dilengkapi dengan Paparan Warna Besar 3.5cm, Monitor Denyut Jantung Masa Nyata tepat dan Monitor Oksigen Darah, dan 90 Mod Sukan. Peminat realme di Malaysia akan menjadi yang pertama di kalangan pengguna global yang menggunakan Realme Band 2 dan merasai pengalaman menggunakan semua ciri menarik ini.

Paparan Warna Besar 3.5cm

ANDA boleh dapatkan “Realme Band 2 Global First Sale” INI di  LAZADA,

#realmeBand2 #BigOnFitnessAndMore #realAIoT

Realme Band 2 INI hadir dengan skrin paparan TFT LCD berukuran 1.4-inci yang memberikan anda paparan berwarna yang sangat responsif terhadap sentuhan layar penuh. Ia menjadikan pengguna memiliki penglihatan yang lebih jelas ketika memeriksa pemberitahuan atau data sukan sambil menjalankan rutin kecergasan.

Large Color Display

Realme Band 2 menampilkan Paparan Warna Besar 3.5cm dengan kecerahan 500 nit, membolehkan pengguna melihat skrin dengan jelas walaupun di bawah cahaya matahari yang terang di luar rumah.

Pemantauan Kadar Denyutan Jantung dan Oksigen Darah

Real-time Heart Rate Monitor dan Blood Oxygen Monitor berketepatan tinggi (Sensor GH3011)

Realme Band 2 dilengkapi dengan kemajuan sensor GH3011 Sensor , membolehkan penggunanya mengesan kadar denyutan jantung dan oksigen darah yang tepat dengan frekuensi pengambilan sampel denyut jantung 1kHz.

Real Time Heart Rate Monitor

Realme Band 2 membantu pengguna dalam pemantauan dan pengukuran degupan jantung 24 jam yang merangkumi:

  • denyut jantung rehat,
  • degupan jantung senaman
  • peringatan degupan jantung.

Ini akan memaparkan waktu dan hasil pengukuran untuk hari itu, juga memberi peringatan kepada pengguna dengan kadar jantung tinggi dan rendah harian mereka.

Peranti ini mempunyai pemantauan tahap oksigen darah juga. Pembacaan tahap oksigen darah sangat penting dan berguna sebagai data rujukan kesihatan yang komprehensif bagi orang yang berdengkur, minum, melakukan kerja mental yang berlebihan, berada di persekitaran berketinggian tinggi (high altitude environment), dan juga orang tua dan mereka yang berada di ventilator.

Selain itu, Realme Band 2 memantau tabiat tidur anda secara berterusan dan mencatat data tidur anda. Ini termasuk :

  • tempoh tidur,
  • tahap tidur,
  • masa ketika anda tertidur dan bangun.

Dengan data yang dikumpulkan, ia memberikan skor dan cadangan untuk meningkatkan kualiti tidur anda. Oleh itu, dari segi fungsi, ia hadir dengan sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan termasuk – SpO2 untuk pengesanan ketepuan oksigen dalam darah, kadar denyutan jantung, kiraan kalori harian, pemberitahuan pengambilan air, pemantauan pola tidur serta stress dan banyak lagi.

Prestasi yang Ditingkatkan

90 Mod Sukan

Realme Band 2 menyediakan hingga 90 Mod Sukan termasuk termasuk berlari , berjalan, bola sepak, hoki, pingpong, badminton, yoga, berenang dan banyak lagi. Ia juga dapat mencatatkan jumlah masa latihan dan kalori pengguna yang dibakar setiap hari dan mingguan.  Ia membezakan penggunaan kalori dalam mod latihan tertentu serta mengesan jangka masa latihan harian dan mingguan.

204mAh high efficient battery

Di dalamnya hadir dengan bateri berkapasiti 204mAh dan realme mengiklankan ia mampu bertahan sehingga 12 hari melalui sekali cas. Bukan itu sahaja, pengguna juga tidak perlu risau sekiranya gelang tangan pintar ini basah akibat terkena air. Sebabnya, Realme Band 2 dilengkapi penarafan kalis air 5ATM. Ketahanan kalis airnya sehingga pada kedalaman 50 meter (5ATM).

Kalis Air (5ATM- sehingga kedalaman 50 Meter)

Fungsi yang bagus untuk pengguna yang sukakan aktiviti air. Anda boleh gunakan semasa berenang dan pantau aktiviti berenang anda dengan lebih mudah! Lebih praktikal kerana anda tidak perlu menanggalkan Realme Band 2 INI ketika berenang, mandi atau semasa latihan yang banyak berpeluh.

Smart AIoT Control

Untuk mengawal pelbagai peranti AIoT seperti fon telinga, pembesar suara, dan mentol, anda boleh melakukannya dengan mudah dengan menyambung ke aplikasi Realme Link. Pengguna juga dapat memainkan muzik dan mengambil gambar dengan Realme Band 2 sekarang.

Save The Date!

Promosi Debut Global  20 SEPTEMBER 2021!

Exclusive offer during its Global First Sales via realme’s official store on Lazada

Bagi yang berminat, Realme Band dijual di Malaysia dengan tanda harga RM169 dan anda boleh mendapatkannya secara eksklusif di Lazada. Lebih menariknya, ia juga ditawarkan pada harga promosi lebih rendah iaitu RM139 sewaktu jualan pertamanya yang bakal berlangsung pada  12 tengah malam, 20 September 2021.

“Hari ini menandakan satu lagi kejayaan penting di Malaysia kerana kami bangga menjadi yang pertama di antara negara-negara global yang memperkenalkan bantuan kecergasan terbaru kami, realme Band 2 sebagai sebahagian daripada ekosistem TechLife realme. Peminat kecergasan kini dapat menikmati gaya hidup yang lebih cerdas dan lebih canggih dengan Realme Band 2 terbaru kami kerana mereka dapat memantau kesihatan mereka setiap hari melalui peranti ini.”

(Tiffany Teh, Pengarah Jenama realme Malaysia)

Apa yang anda akan dapat (In The Box) ? Pembelian Berbaloi Di LAZADA !

  • Realme Band 2 x 1
  • Charging Base x 1
  • User Manual x 1

Move With Style!

50+ Personalized Dial Face

Dengan kerjasama pengguna dan pereka terkenal, realme telah membuat “trendy dials” untuk realme Band 2. Terdapat lebih daripada 50 muka dail dengan “Gaya Yang Berstyle!” yang tersedia untuk anda gunakan.

The dial pointer, background color, and gradient style can also be adjusted according to your own preferences. The universal size 18mm-wide wrist strap makes it convenient for users to replace and match the realme Band 2 with other brands of wristbands. In the near future, realme will be offering a variety of interchangeable wrist straps for users to empower and represent their unique personalities while matching their daily outfits.”

(realme Band 2, 2021)

 

Stylish Wrist Strap

Penutup

Bersempena kehadirannya, jualan pertama adalah pada 20 September jam 12 tengah malam secara eksklusif di Lazada dengan harga RM139. Jangan lupa tarikh ini ya! Save the date! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara dan promosi realme, ikuti halaman Facebook dan Instagram realme di @realmemalaysia.

#realmeBand2  #BigOnFitnessAndMore  #realAIoT

YouTube Review: Makin Rumit,Bila Smart Band Sama Hebat Dengan Smart Watch?? Review realme Band 2

Untuk lihat review realme Band 2, anda boleh lihat di LINK INI.

Monaliza Berek 12

Nak beli printer? Nak beli powerbank ? Nak beli laptop? Jom kedai komputer Monaliza. Kalau pening tak tahu nak pilih model apa, staff kami sedia membantu anda. Jangan lupa scan MySejahtera, pakai pelitup muka, pakai hand sanitizer dan amalkan jarak sosial selamat ya.

Ramai kan yang masih tak tahu cara nak membeli di website Monaliza?

Website Monaliza : www.monaliza.com.my
PM Kak Mona Sekarang : http://m.me/monalizakb/
TELEGRAM Kak Mona : https://t.me/MonalizaOnline

 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published.