Hi, bertemu lagi kita ! Produk apa pulak yang akan kita ulas ye? Okay pada artikel kali ini kita akan ulas pasal pen drive / flash drive. Jualan pen drive / flash drive ini boleh tahan laris malah jumlah unit yang terjual melebihi seribu unit sebulan. Selain kapasiti yang menjadi pilihan, ada kriteria lain tak jika anda nak membeli pen drive / flash drive? Mesti ada kan? Jom baca artikel kali ini sampai habis.

1) KINGSTON SWIVL USB 3.0 PENDRIVE 16GB / 32GB 

Pilihan pertama ini merupakan pen drive dari jenama Kingston, jenama yang sudah terkenal dengan kualiti produknya. Sebelum tu, ada beza ke pen drive dengan flash drive? Kejap pen drive, kejap flash drive, pening la Kak Mona. Okay la, Kak Mona bagitau sikit. Pen drive ni ia lebih kecil, sama seperti kapasitinya juga iaitu terhad sampai 64GB (gigabytes) sahaja. Dari segi penggunaan pula ia biasanya digunakan untuk simpan data yang mana ia mempunyai cip memori. Pen Drive Kingston ini mempunyai 2 pilihan kapasiti sahaja iaitu 16GB dan 32GB. Namun pen drive ini menggunakan USB 3.0. Apa beza dengan USB 2.0? USB 3.0 ni lebih laju, dikatakan 10 kali lagi laju dari USB 2.0 dalam memindahkan data. USB 3.0 ini mampu memindahkan data selaju 4.8Gbps (Gigabits per second). Malah Pen Drive Kingston &SB 3.0 ini juga mampu menyokong USB 3.1 yang mana kadar kelajuannya memindahkan data adalah 10Gbps. Saiz pen drive ini sangat kecil iaitu 55 x 18.2 x 10.3 mm dan penutup hadapannya boleh dipusing sehingga 360°. Anda berminat untuk dapatkan pen drive ini? Boleh beli sekarang DI SINI !

2) MOMENT MU27 USB 2.0 FLASH DRIVE 8GB / 16GB / 32GB

Pilihan yang kedua ini pula merupakan flash drive, datang dengan pilihan kapasiti 8GB, 16GB dan 32GB. Flash drive ini kegunaannya lebih dari sekadar untuk menyimpan data. Ia mempunyai flash memory pada USB. Jadi setiap data akan disimpan dalam cip memori dalam bentuk flash. Kapasiti flash drive ini boleh mencecah sehingga 256GB. Untuk flash drive ini ia datang dengan USB 2.0 sahaja yang mana ia mampu memindahkan data selaju 480Mbps (megabits per second). Saiz flash drive ini juga dalam kategori kecil iaitu 62 x 18 x 9 mm.

 3) KINGSTON 16GB / 32GB / 64GB / 128GB DATA TRAVELER 106 USB 3.0

Pilihan ketiga ini juga dari jenama Kingston tapi ia adalah flash drive, bukan pen drive seperti pilihan pertama di atas tadi. Ia datang dengan pilihan kapasiti 16GB, 32GB, 64GB dan 128GB. Dari segi bentuk, flash drive ini paling menarik dengan gabungan warna hitam dan merah. Menggunakan USB 3.0 serta mampu menyokong USB 3.1, anda boleh memindahkan data selaju 10Gbps. Jika anda inginkan flash drive berkapasiti besar dengan USB 3.0, ini adalah pilihan yang terbaik.

Bagaimana? Anda dah dapat sedikit sebanyak idea tentang perbezaan antara pen drive dan flash drive? Serta perbezaaan antara USB 2.0 dan 3.0?
Semoga artikel kali ini dapat membantu anda dalam membuat pilihan yang tepat.
Semoga berjumpa lagi pada artikel akan datang !

 

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *