Pada artikel kali ini kita akan mengulas tentang 3 TOP powerbank yang pernah banyak terjual di Monaliza. Powerbank ini terdiri dari kapasiti yang berbeza. Jika anda ingin membeli powerbank baru, adakah anda akan memilih yang paling besar kapasitinya? Pemilihan kapasiti untuk powerbank sama juga seperti anda ingin membeli barangan lain. Ianya bergantung kepada keperluan anda. Jom ikuti artikel kali ini.

1) REMAX POWERBOX MINI WHITE 2,600mAh

Dari segi nama serta saiz powerbank ni pun memang dah jelas bahawa ianya sangat kecil kan? Kapasiti baterinya hanya 2,600mAh sahaja, tapi powerbank mini ini antara yang paling banyak terjual pada bulan lepas. Powerbank ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai stand by sekiranya smartphone anda kehabisan bateri. Saiznya yang kecil dan ringan iaitu 70g memudahkan anda untuk sentiasa membawanya bersama. Malah design dihasilkan sangat simple ditambah dengan warna yang sangat menawan. Dengan input 0.8A, anda memerlukan masa selama 3.25 jam untuk mengecas powerbank ini.

2) PINENG POWER BANK PN-969 – 20,000mAh

Powerbank kedua yang terlaris di Monaliza semestinya dari jenama Pineng. Jenama Pineng ini memang tidak asing lagi kerana ia sangat terkenal dengan kualiti powerbank pada harga mampu milik. Tapi anda perlu pastikan yang anda membeli Powerbank Pineng yang Original ye. Macam mana nak tau powerbank tu original atau tak? Haaa beli je dengan Monaliza, confirm Original dan tiada sebarang masalah ! Okay berbalik kepada powerbank kedua ini, kapasitinya tersangat la besar iaitu 20,000mAh. Dengan kapasiti tersebut anda boleh mengecas smartphone anda beberapa kali. Malah powerbank ini juga didatangkan dengan 2 USB port yang mana anda boleh mengecas 2 smartphone atau peralatan elektronik secara serentak. Selain itu terdapat skrin LED kecil pada powerbank ini di mana anda dapat lihat berapa peratus lagi bateri yang tinggal serta sama ada powerbank tersebut sedang dicas atau menyahcas.

3) PINENG POWER BANK PN-958 10000MAH

Powerbank terakhir ini juga dari Pineng tetapi kapasitinya berbeza iaitu 10,000mAh. Powerbank ini juga didatangkan dengan 2 USB port, sama seperti powerbank yang kedua tadi. Bezanya ia tiada skrin LED tetapi sebaliknya hanya ada LED indicator untuk menentukan berapa banyak lagi bateri yang tinggal. Dari segi design dan warna, powerbank 10,000mAh ini lebih kecil dan nipis serta warnanya hanya satu warna sahaja. Yang uniknya powerbank ini, anda hanya perlu goncangkan ia jika anda ingin menghidupkannya. Tak dilupakan, kedua-dua Powerbank Pineng di dalam artikel ini mempunyai IC untuk perlindungan bateri. Ini bermakna jika bateri smartphone anda sudah mencapai 100%, ia akan automatik berhenti dari mengecas untuk menggelakan smartphone anda mengalami kerosakan akibat terlebih cas. Jadi jika anda inginkan Powerbank Pineng tapi yang berkapasiti kecil sikit, ini adalah pilihan yang terbaik.

Antara ketiga-tiga powerbank di atas, ada ke yang bersesuaian dengan keperluan?
Jika anda mencari powerbank sebagai emergency back up, powerbank pertama tersangat la sesuai.
Jika anda memerlukan powerbank yang berkapasiti besar, anda boleh mencuba mana-mana powerbank Pineng. Pastikan yang Original ye !
Semoga artikel kali ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga bertemu lagi di artikel akan datang.

monalizavlog

View all posts

Add comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *